Tuesday, December 22, 2009

T.E.N.S.I


Salam...

Betapa penat dan tension-nya saya dengan kerja...
Melihatkan orang lain mempunyai kelapangan bercuti (yg rata2nya menghabiskan cuti tahun), saya di ofis@site bekerja hingga dada terasa perit(kalau ada pun hanyalah rombongan penganting lelaki (abang ipar) atau dinner/ lunch bersama teman2 n keluarga). Nak bawak anak bercuti pun saya masih mengira2 .. bolehkah saya mengambil cuti kerana takut dipanggil bekerja semula sedangkan site masih lagi dalam construction.
Sedang saya menulis ini (utk merehatkan dada dan otak), saya masih lagi di ofis membuat persediaan untuk meeting esok.

Alangkah baiknya jika saya dapat melepaskan lelah bekerja dengan berehat dan bersantai mengikut cara saya..?

Can you imagine, my annual leave (14days) still have half of it...

p/s - tiada gambar untuk tatapan.. kerana semuanya berada dirumah..

sekian

Wednesday, December 9, 2009

U.P.D.A.T.E.S


Hi there!!

Check out my latest post of Colours Of Life here...

-wink!

Wednesday, November 11, 2009

I'M H.A.P.P.Y.!.!


Terasa amat berbangga dan berbesar hati bila nama IMAN tercatat di reading list Kak Norhayati Berahim aka Kak NB (ala... novelist terkenal tu..). Ofis di Saujana Prima, dekat dgn rumah KC (Photog creative). InsyaAllah.. one fine day nak jengah ke sana, nak borong novel banyak2.
Thanks Kak Yati!!

Monday, November 9, 2009

F.L.Y A.W.A.Y


Feels like to fly away from these messes and probs created by others! ... really hates this situation when people being unfair to some circumstances and the fact is they had to be equal to all!! Helloooooo transparent pleassssseeeee!!!!
I'm lost in words... they're sooooo tricky!!
Wish I could be somewhere else.. unnoticed.
Blink! Like I dream of Genie! or Sabrina the teenage witch!

Sayonara... it's final, soon...

Wish me luck!

Sunday, November 1, 2009

~Colours of Life~


Salam semua....

Visit my new passion of life...
http://coloursoflife-shafahanz-iman.blogspot.com

As I'm eager with photography.. I'm eager with the end result too...
support me as I am a beginner to the world of business..

See ya!!

Sunday, October 18, 2009

Look what I've got!!



Dunno what title to put - 'Hi, I'm Mr Green'; 'My new theraphy', 'Cari 1 hijau tapi dapat 2 hijau!' .. entah..

Citernya camni.. dalam kepala dok asik pikir nak kena cari Green bin DBKL yang gadang tu.. sbb kat Menara Maybank, rules regulation kena pakai bin tu takleh pakai troli biasa kalau nak angkut sampah dari floor ke bawah. So plan ngan big boss.. masing2 pi cari hari ahad, sbb sabtu deepavali.. kedai tutup, korban la skit masa ahad..so kira keje la ni.. sapa dapat dulu dia kena notify eachother.

So lepas breakfast tadi.... pi la keliling kg pandan, sbb kata Nana(Moziana) kt area Desa Pandan banyak kedai jual. Banyak kedai la gak pi geledah.... hampeh! singgah kat 3/76D... dapat satu! Syukran..syukran... nak lagi satu kena tunggu uncle tu pi amik kat kedai adik dia..(setapak), adik uncle ni tuan punya Fella Design (yg no. 4) dan yg sorang tu CEO Dell Penang.. pergghhh menjadi sumernya.

Sementara tunggu stock dan lori tuk pickup tong ni.. kami anak beranak pun pegilah kat pet shop few doors dari hardware tu. Dok belek menatang lain, kami tertarik ngan iguana ni... (ada sepasang). Ayat punya ayat... sambil tu dok ulang pi hardware, nunggu lori. Kami dapat la rege RM212 kali kandang n bekas makan. Tak tau la mahal ke tak... janji hati da tertawan. Itulah... penangan Lin n family yg bela 'sugar glider'.. comel giler. Tapi sebab cek jenis jarang kat umah n takde masa nak mengemas sangkar... bela Mr Green ni pun jadilah..

Lesen? RM 30 setahun... kena buat gak tu. Oklah tu. Harap2 kali ni Mr Green kekal ngan kami.. bela ikan, ikan tak menjadi, nak bela kucing... errmm kami duk kat rumah jenis pigeon hole.. so susah skit la nak bela kucing.. lagipun cek la ni da tak tahan dengan haiwan berbulu ni... dada da mudah semput...

Iguana pun Iguana laa.

Thursday, October 8, 2009

I.T'S A.B.O.U.T M.E on 09-10-09





Assalamualaikum,

My name is Farhan, Khairul Farhanz. Mind my language.. tonggang terbalik. Was born seven years ago, October 9, 2002. Today, I am Seven! I repeat... I am seven! I am proud to be me, with Ayah and Ibu. With people sorrounds me whom supports me all the way. Ibu fall sick rite after she gave birth to me. I know nothing at that moment, coz I am too litle to understand.

I had kak Dirah (once before, I've told Ibu that I want to get marry with her. She's ten years older than me, but I don't care! That moment lah) Now, Norina Che Musa is my new girlfriend after I left Audra Qistina ( she also left me for Ahmad Firdaus). Never mind, we're all in the same class. Who knows one day I might fell for Raudhah (she's soooo brialliant!) I had mama Nani's children as my siblings eventhought I had no brother or sister (but now, I do)

When I'm big I want to fly Emirates.. I want to bring Ayah and Ibu to fly with me. First of all, I want to fly them to Dubai. Ibu always dream of it. Be patient Ibu, one fine day... one fine day... then I want to fly them anywhere they want! Just tell me so.

I am happy coz today is my birthday. Ibu always want to surprise me but I know I will know it earlier coz mommy told me without Ibu notice. so I will pretend like I know nothing! sssshhhhh it's only between you and me okay, don't tell anybody. Promise!

Hmmm I wonder what will I get for my birthday. AHA! like I've told ya just now.. be a pretender.. know nothing! Can't wait for the surprise! Hahaha..

I need to go to school and Iqra' class after.. I need to prepare myself for tonite 'surprise' birthday party! Sorry guys, I'd really can say that... Ibu wanted to invites everbody to celebrate me, but due to last minute preparation with a small bugdet and she got to work some more (eventhough she's applied a day leave actually). Me, on behalf of Ibu would like to apoligize to e'body who may might not invited to my 'surprise' little party. Don't be so sad.. believe me, she'd really wanted you guys to be together with us!

Hei, even though I am just an ordinary lil boy around the corner, but I had a feeling that all these complete me. I am happy coz you complete me!

Happy Birthday to ME.... (alhamdulillah.. syukran)

Sunday, October 4, 2009

B.I.R.T.H.D.A.Y P.A.R.T.Y.!



Seronok ikut KC pi TAG birthday party. First experience utk orang yang macam Ai.. Kelam kabut dibuatnya dengan pelbagai ragam2 si kecil yang pelbagai keletah. Owh.. macam ni rasanya bila shoot birthday party. Kena betul2 alert! Yang best tu dapat jumpa Erna and Azza. I'm their blogs follower! Erna seems speechless bila I introduce myself to her and told her since when I follow her blogs, fp and flicker! Now, I can add her to my fb plak. And to Azza, I've told her.. kalau I ada baby girl...mmg I akan jadi loyal customer to her cute hair clips!

Dok sonok amik gambar anak orang... I dok pikiaq sampai la ni... Farhanz's birthday just around the corner... herrmm what's the best for him ya! with a tight budget maybe a mini celebration would be enough. Hope he'll understand. Besides, he'd already knew what will he get for his big day! No more secrets and the excitement would be lesser! But the most important, he'll be more cheerful on that big day!

Monday, September 28, 2009

A.N.T.I.B.O.D.Y K.U.R.E.N.G S.K.I.T M.I.N.G.G.U N.I.H


Salam Lebaran buat sumer... maaf ye, takde gambar raya buat tatapan dan jamuan anak mata. Plan dalam kepala nak pi bergambaq ala2 KC (tp masalahnya susah sangat nak meyakinkan itu worang tuk bergambar bersama) Nantilah dulu.. raya pun panjang lagi.

Supposedly semalam join KC pi amik gambaq kt Hulu Langat.. (hai budak baru belajarkan.. rugilah kalau tak pi sama). Nak dijadikan citer...akhir2 cuti ni, badan tak sihat lak.. antibodi kurang kut. Dok lenjan ayaq ais ja. Mana tak hangat badan..
Sori sesangat KC.. bukan tak nak ikut. Demam tak kebah2.. ubat tak jalan, telan air kelapa pun cam tu gak... sauna bungkus gebar pun dah berkali2..

Alhamdulillah.. pagi ni kureng sikit, cuma dedar diikuti dengan selingan selsema n batuk2. Semangat nih... kena keje, claim tak submit lagi (hehehehe)

Buat rakan2 yang teringin nak ke Shamelin...calling2 la dulu boleh prepare apa yang patut. Nak yang extravaganza tu takde la, mana yang sempat aje eh, yang penting hubungan silaturrahim yang lebih afdal..

Wednesday, September 9, 2009

P.E.T.A.N.D.A


Malam tadi che' mimpi tukaq keja (slang utara - sbb baru lepas baca blog KC yg countdown nak balik Kangaq). Tak dak interbiu pun.. teruih dapat keja. Petandakah itu?
Tapi che' kantoi ngan HR Mgr.. ishk payah nak citer.. bersimpang siur. Apa-pun, sampai la ni che' dok pikiaq pasai mimpi tue..

Thursday, September 3, 2009

S.U.S.A.H.N.Y.A....


Susahnya nak cari baju melayu tuk 2 teddies nih. Kalau pinggang muat kaki lak berjela2 then baju gedabak giler.. poket baju, tangan pun tak sampai.. Itu buat my little teddy todd ..

Untuk my teddy bear.. uish almost reach XXL... erm.. nampak besar sikit tapi alahai.. peha lak tak lepas... kancing leher pun tak lepas.. beh tu camna?Alamatnya nak ke Omar Ali gak lah... cut n fitting dia just nice..

Tapi... camna nak pulangkan baju yang dah terbeli lak nih? Jauhlak tuh...
Hopefully abang bazar tu okehla... sempena bulan yang mulia nih kan.. kalau tak dia kena jahit seluar yang sesuai tuk saiz teddy bear. Harus gitu!

Saturday, August 22, 2009

S.E.L.A.M.A.T B.E.R.P.U.A.S.A!









Selamat berpuasa semua! Moga Ramadhan ini dapat mengubah pendirian dan penampilan kita ke arah yang lebih baik lagi...

Nothing much to write here.. cuma happy to celebrate Ramadhan kali ini dalam keadaan sihat wal'afiat walaupun wabak H1N1 n also denggi melanda kita sekarang ini. Last Friday amik AL.. syok.. tp pagi tu DBKL datang buat fogging.. (maknanya ada kes la tu.. tak pun upon request by the management)

Alhamdulillah.. masuk 3 hari puasa ni .. my little teddy todd masih bertahanlah.. harap2 dia dapat pecahkan rekod tahun lepas (5 ari jew).. so as a token for completing his full day fasting... main menu dia akan pilih.. 1st day - Mee Goreng n apple juice, 2nd day - Spaghetti (and for Ayah - Muffin with carrot juice) and today he asking for Chicken. Any type of chicken...

Any idea nak dapatkan ayam golek aka panggang yang sedap sekitar KL/ pandan Indah/ desa pandan?..

Wish my Ramadhan this year fulfill with bless from GOD the creator. Hopefully there will be a migration from bad to good...InsyaAllah..

Thursday, August 20, 2009

T.E.R.U.JA


Pagi ni masa masak tempoyak udang petai (kes tak tau nak masak apa lagi dah), terdengarlah lagu-lagu patriotik berkumandang dari salah sebuah sekolah (4 buah semuanya) kat area Shamelin nih... Wah.. cikgu-cikgi da start dengan patriotism meka..

Tiba-tiba keluar lagu Merdeka (milik Allahyarham Sudirman).. bertambah semangat teman..huhuhu. Semangat cintakan tanah air yang cuba diserapkan pada anak2 bangsa kita sangatlah bagusnya.. Kekadang kita sendiri lupa yang kita masih lagi mempunyai sebuah negara berdaulat.. bukankah tanggungjawab kita mempertahankan kedaulatan yang makin lenyap itu? Anak-anak kita penyambung warisan yang ada, so as and adult wajarlah kita lakukan sesuatu demi anak bangsa kan..

Teman teruja nih bukannya apa. 1st sebab nak sambut Ramadhan. Last year (and the last2 year before) asik buka kat luar je.. nak penuhi jemputan. But this year, teman nak berbuka di rumah aje ngan family.. nak pi terawih,cuba nak fulfil Ramadhan yang mulia nih. Hopefully waktu bulan posa nanti, takde la teman sibuk nak kena jaga site bagai.. sekarang nih tengah aman, tak tau lah seminggu dua nanti..

My todd Bear pun cakap tahun ni dia akan cuba nak posa penuh... as if last year 5 ari jer dia posa.. hahahaha. Ye lah.. duk ngan opah.. opah pun tak paksa dia posa. Cuma time cuti je dia kena posa sehari penuh sbb papa bear ada skalik.

'Ibu.. hari ni 19 eh'
'Tak lah.. 20'
"Huish.. da dekat.. lagi 2 hari je'
'Apa yang 2 hari'
"Nak puasa... "
'Owh.'
"Sahur kena bangun pukul 5 kan.. nanti Fa'an terus pegi skolah eh"
'Erm.. betullah tu.. tapi boleh rehat dulu sebelum mandi.. buat homework ke'
"Nanti ibu keju Fa'an ye"
'Ye.. ibu kejut.. tapi kalau ibu kejut Fa'an tak bangun.. lepas tu jangan nangis eh' (kes tak bangun sahur last year, pastu dia nangis sbb tak kejutkan dia betul-betul)
"Fa'an bangun.. nanti ibu buatkan sosej dengan roti ye.. macam dulu-dulu"
(uish.. ingat lagi budak nih)

Last year kami bertiga aje, sebab papa bear tak suka sahur.. jadi teman pun malasler nak hidang nasi. So kami makan something else.. scramble egg ke, sosej ke.. dengan roti..

2nd, sebab nak merdeka nyer pasal... waktu nih lah.. iklan2 patriotik akan kuar balik kat t.v. T.V ni pun sebenarnya memainkan peranan penting gak.. buat kita hamba manusia yang terleka dan alpa nih... inilah waktunya kita lihat balik ke dalam diri kita nih... Ar you true Malaysian?? How patriotic r U?.. Do you know well enough the Malaysian history?

Last 2 years, teman ada amik bahagian kat stadium Merdeka (sempena ulangtahun yg ke-50)... tu tiang bendera yang tinggi dengan bendera 13kaki (kalau tak silap ar). Seronok dan bangga! Be part of the team to ensure the event succeed!

Plan waktu tu teman nak bawak anak teman sekali join kakak sepupu dia nyambut merdeka kat stadium.. tapi malangnya... litte todd bear kena demam campak.. buruk sangat muka dia bernanah2, waktu tu pulak papa bear balik M'sia kejap nak renew visa.. so he took the opp. to take care of him. Teman memang tak boleh nak tuang keje.. sebab keje event ni short period so keje gak lah. What a memory... sib baik teman ada amik gambar flag pole tu masa dia dok terbaring lagi.. (nanti teman selitkan eh..)

Errmm.. citer pasal patriotism nih, bendera Malaysia pun tak kibarkan lagi.. (ishk malu!)
what about you?

Thursday, August 13, 2009

TENTANG DIA (YG TELAH PERGI TAPI TETAP DI HATI)


Allahyarham SUDIRMAN... banyak yang sebenarnya aku ingin bercerita tentang dia. 'KAMI' a simple movie yet gave a lot of impact to our lives actually. Kalau tak caya, minta RTM tayangkan sekali lagi... I'm not gonna miss it!

Kalau tak silap, waktu umurku dalam lingkungan 5-7 tahun, kami ada jiran yang suka sangat menyanyi lagu arwah Sudirman.. orangnya lebih kurang sebaya aku aje..
'KITA MENARI SAMBIL LANGKAH KANAN KIRI .. GOYANG BADAN GOYANG KAKI.. HIP HIP HORAY... E'OT E'OT.. (hahahaha yang e'ot e'ot tu lirik tambahan jiranku yang namanya aku betul2 lupa) , waktu tu pulak aku suka lagu "BASIKAL TUA..." sebab abangku yg ke-4 dapat hadiah basikal dari abah.

Dulu, kalau balik kampung dengan van biru... kami adik beradik akan layan perasaan dengan lagu 'BALIK KAMPUNG'(abang aku yang no 4 tulah suka menyanyi dalam van), perasaannya sukar digambarkan...somethin' like a must bila jelajah ke utara.. al maklumlah.. waktu itu mana ada highway plus nih..sampai Bidor, singgah. Sampai Tepeng, singgah...iskh entah berapa kali singgah da... Masa sekolah asrama pun macam tu gak.. bila nak balik KL..especially bila time nak dekat2 raya... aduh.. kenangan mengusik jiwa!

Ingat lagi citer2 telenovela TV3?..'DIMANAKAH NILAI CINTAMU' as the soundtrack? Gosh..totally forgotten title (wish somebody could recall that)

Merdeka! Merdeka! 31 August 1957... every year without fail.. you will listen to this song definitely... tak lapuk dek hujan, tak lekang dek pana... Mendeka!Mendeka!.. bak kata Farhanz when he was a todd..

Waktu bercinta (dululah), aku suka dengar lagu 'JOGET KENANGAN MANIS'... sebab orang yang aku sayang pernah bersekolah disana. Rupa pekannya pun aku hanya berimiginasi sahaja sebab kaki ini tidak pernah melangkah ke sana waktu itu.

Masa umur Farhanz dalam setahun dua, dia tidak boleh dengar kalau kami mendendangkan lagu "AYAH DAN IBU". Airmatanya akan meleleh. Tak tau kenapa, sedangkan waktu itu aku berandaian apalah yang dia faham sangat pun tentang lagu ini. Alkisah, cerita itu tenggelam begitu sahaja sehinggalah baru-baru ini.. On the way balik dari kedai macha Kg Pandan (rambutnya digonjengkan)... "PELANGI PETANG" berkumandang dari corong sinar f.m.

"Yer, ingat tak lagu ni I pernah bagi kat U" mukadimah aku la tu...
Bla bla bla.. dengan suami (sensored.. tak leh citer kat sini) akhir cerita, aku menoleh ke belakang sambil berkata..
"Fa'an.. ibu penah bagi lagu ni kat ayah tau..."
La... rupa2nya dia tengah meleleh terhenjut2...
tak terkata kami berdua..well, as a mother I moved my position a bit to comfort him.
"Nape nangis... sedih ke dengar lagu nih?".. sayu dia mengangguk..
Okay... I've got nothing to say..memang di akui memang lagu ini sedih dan bermakna.. tapi tak sangka fa'an yang tak cecah 7 tahun itu pun menghayati lirik dan senikatanya...

Dari situ aku belajar..
1) Lagu2 Allahyarham memang mengusik kalbu walaupun kita hanya boleh mendengar suaranya sahaja.. evergreen..
2) Anakku seorang yang penuh emosi dan sensitif... hatinya cepat terusik. (Kena monitor nih...)

Monday, July 27, 2009

FIRST TIME REPLY TAGGED BY OTHERS


1. when do you get your driving license?
Tahun 1997 lepas habis belajar.. Lesen L tahun 95.. da nak expired baru gelojoh amik lesen

2. your first car is
Iswara Medium Grey 1.3

3. what type is your car now?
Nissan

4. do you choose your plate number or was it given?
Pilih.. actually ada 2 fav no. 1) my son 2) tarikh nikah...

5. Colour?
Still remain Metallic Grey sbb warna tu je yg available. Ikutkan hati nak silver or gold.. gelojohkan.. tak reti sabar

6. reveal 3 most important things in your car?
smartag/ torchlight/ sound system...

7. have you ever got yourself into accident?
yup... orang langgar kita... kita langgar orang.. hehehehe.. tp minor lah, tak le serious banar

8. when is the due for your insurance & roadtax?
8th September yearly

9. do you plan to change your car?
Nope.. motto.. pakai sampai hancur..hehehehe

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
Alamak... follower kita sumer da kena kebas la... so...tinggal
Mimin n jija ajew..n for readers yg baca nih kay..


attached - gambar kurita kita..hihihi

ADA SATU CERITA


Baca petikan dibawah dengan gaya membaca cerpen ya...-

Betis kanan Farhanz mula menunjukkan tanda2 awal untuk pulih.. walaupun nanah-nanah kecil masih lagi kelihatan. Luka asalnya tidaklah seteruk mana, tetapi disebabkan dia memakai seluar panjang untuk ke sekolah dan kelas fardu ain. Aku terpaksa menampal lukanya dengan kepingan gauzhe bagi menghalang luka bersentuhan dengan fabrik seluar sekolah yang kasar itu. Hasilnya, luka semakin besar dan antiseptik dettol yang menyalut luka tidak memberi kesan apa-apa! Sabtu lepas, bibik menutup luka dengan plastik supaya air tidak terkena pada lukanya sewaktu mandi. Pada fikiranku pasti tampalan plastik itu dibuang selepas mandi, tapi telahanku tidak tepat. Dengan lalainya aku meninggalkan anakku dirumah emak setelah pulang dari kenduri aqiqah anak sepupuku disebabkan aku bertugas petang di Menara Telekom.

Ahad yang mendamaikan aku menjenguk anakku di rumah emak sementelah keluarga abang Udaku dengan isterinya yang sarat mengandung anak kedua bermalam disana. Aku tidak sempat bertemu dengan anak saudaraku, Siti Hajar yang dibenarkan pulang akibat penutupan sekolahnya buat sementara waktu akibat jangkitan virus H1N1 yang semakin berleluasa sekarang ini. Abang Ngah pulang awal ke Penang bagi mengejar waktu untuk menghantar anak sulungnya pulang ke asrama pula. Berbual dengan ahli keluarga memang menyeronokkan tambahan lagi dengan kehadiran si comel Lailatul yang tidak betah untuk duduk diam. Ada saja yang ingin dibuatnya, nasib baiklah Farhanz pandai melayan adik kecil walaupun dia tidak beradik.

Dalam seronok bercerita, aku meminta anakku menyelak seluar panjangnya untuk aku melihat keadaan lukanya. Makin parah, hati berkata-kata. Tanpa membuang masa kami tiga beranak ke poliklinik berdekatan dan malangnya doktor pakar kulit bercuti setiap hujung minggu. Mahu tidak, kami tiada pilihan. Mungkin doktor ganti juga sehebat pakarnya.

Hampir setengah jam menunggu, Farhanz dipanggil masuk. Pada mulanya ayahnya keberatan untuk menyertai kami, tetapi sebagai seorang ibu aku mahu kami bertiga berkongsi saat-saat yang agak menakutkan ini. Seorang doktor muda yang pertama kali bertemu bertanyakan keadaan anak kami. Bila kaki seluar diselak, terus doktor muda tersebut meminta aku membawa Farhanz ke ruang sebelah untuk rawatan lebih lanjut.

"Ada cuci luka?"
"Ada" balasku pendek.
"Antiseptik?"
"Dettol" ujarku. Sememangnya itulah yang ada didalam first aid dirumahku. Aku fikir itulah yang terbaik.
"Perlu cuci dengan kalium permangnat ke?" rujukku pada cairan berwarna ungu yang selalu digunakan suatu ketika dahulu.
"Tidak perlu, luka macam ini tidak boleh kena air selalu" balasnya sambil berjalan ke ruang khas disebelah biliknya.

"Adik baring ye... sengetkan badan" sambil meletakkan alas diantara tilam dan kaki. Farhanz kelihatan terpinga-pinga, inilah kali pertama dia menerima rawatan sedemikian. Aku membantunya baring, menghilangkan sedikit resah dihatinya. Kedua-dua tangannya kupegang.

"Fa'an baring tau doktor nak cuci luka, kalau sakit nanti jerit aje.. takpe" kataku. Kami bertatapan, jelas riak diwajahnya menunjukkan ketakutan. Aku sebagai ibu pastinya tidak mahu dia merasakan kesakitan itu, senyuman yang semanis mungkinku beri agar rasa gundah dihatinya berkurangan.

Aku bukanlah bekas pelajar perubatan yang tahu serba-serbi tentang medikasi. Jadi aku mengharapkan servis yang terbaik dari seorang yang dikataka serba tahu dalam bidang ini. Yang terbaik, itulah yang selalu kita mahukan untuk yang tersayang, bukan. Sebaik sahaja doktor meletakkan cairan putih dan terus mencuci luka dibetis anakku terusan Farhanz menunjukkan riak muka menahan kesakitan.

"Boleh tahan tak?" aku bertanya pendek. Farhanz menganggukkan kepalanya walaupun muka berkeriut menahan sakit. Genggaman tangannya semakin kuat dan aku membenarkannya. Biarlah dia melempiaskan sedikit sebanyak kesakitannya kepadaku. Suamiku yang pada mulanya berada disisi kelihatan mundar mandir. Entahlah mungkin dia sendiri tidak tahan melihat keadaan yang berlaku dan aku andaikan itulah puncanya dia hampir tidak mahu menyertai kami. Farhanz mula menangis bilamana doktor mula membuang lapisan luka dan darah mula membuak-buak keluar melalui liang-liang roma. Semakin kuat dia menangis semakin kuat genggaman tangannya.

"Fa'an nak jerit pun boleh, takpe ibu ada... " pujukku. Aku memerhatikan ketelitian doktor tersebut mencuci luka, pastinya dia juga cuba untuk mengurangkan kesakitan yang ada. Cairan putih dan gauze bertukar ganti. Setiap kepingan nanah yang cuba dibuang diiringi dengan tangisan. Untuk menghilangkan rasa sakit, doktor mula berbual-bual dan disahut oleh anakku.

"Lama lagi ke?"
"2 more minutes" balas doktor India tersebut. Sambil itu aku memalingkan muka memandang suamiku. Dia sendiri kelihatan resah. Mungkin kami jarang menghadapai keadaan begini, pasti sedikit sebanyak sakit itu dirasai.
Esakan dan tangisan Farhanz semakin kuat, terhenjut-henjut badannya menahan kesakitan. Muka disembamkan ke badanku. Terasa basah bajuku dengan kesan lelehan airmatanya. Kalaulah aku boleh merasai kesakitan itu.

Sebelum menjalani rawatan, sambil menunggu nombor giliran kami anak beranak sempat bergurau-senda. Suamiku memang bijak merubah suasana yang agak genting ke suatu ruang yang lebih relaks. Sambil memandang poster perubatan yang tergantung di dinding, dia mencipta ayat-ayat lucu yang membuatkan kami bertiga ketawa lepas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Farhanzlah yang paling lantang tawanya. Bila melihat aku memandangnya tanpa kerlipan mata, dia akan menampar-nampar pipinya bagi menghilangkan perasaan lucu itu.

"Tahu tak orang banyak ketawa ni apa jadi..." aku mula menggunakan pendekatan psikologi.
"Tahu, nanti ilmu lari.." ujarnya. Kami diam sebentar, dan melarikan pandangan mata dari bertembung dengan suamiku yang juga ayahnya. Kemudian aku melihat Farhanz menampar-nampar lagi pipinya itu. Dalam diam aku sendiri tidak tahan menahan tawa sebenarnya tetapi di sebabkan nama Farhanz akan dipanggil bila-bila masa saja lagi, aku membuang pandang ke luar. Malangnya hanya seketika sahaja tawa lepas kami dapat ditahan, aku, Farhanz dan suamiku ketawa lagi bila kami berpandangan sesama sendiri.

"Lama lagi ke?" Farhanz mula menyoal kembali diiringi sendu. Mungkin rasa sakit itu tidak tertanggung olehnya. Aku memandang ke arah luka yang sedang dicuci dan mengharap jawapan dari doktor muda itu.
"One more minute" Luka yang anggarannya sepanjang 2 1/2" kelihatan lebih bersih dari yang sebelumnya. Hampir selesai, hatiku bersuara.
"Ibu, satu minit tu lama lagi tak?" Soalan yang bagus untuk dijawab.
"Satu minit tu, Fa'an kira nombor satu hingga enam puluh" Ku kira jawapanku itu boleh melegakan hatinya.

Sesuatu yang tidak pernah bermain dibenakku Farhanz mula mengira nombor-nombor diiringi sendu dan tanggisan. Badannya masih lagi terhenjut-henjut menahanan tangis. Dia benar-benar membilang waktu! Aku mula rasa lucu lalu memandang doktor dan suamiku. Kami ketawa. Anak kecil ini tidak menghiraukan tawa kami terus mengira.
Seketika, sendu anakku hilang keadaan menjadi sunyi. Aku tunduk sedikit untuk melihat keadaannya.

"Fa'an ok ke?" aku mula cuak dengan keadaan ini.
"lima puluh dua, lima puluh tiga..." anakku mula menyambung kiraanya itu. Kami terus ketawa, sesuatu yang agak melucukan!

Ajaibnya kiraan yang ke enam puluh, krim putih proses yang terakhir disapukan keatas luka anakku.
"Ok, done" doktor muda menyiapkan tugasannya. Hilang tangisan, sendu dan henjutan badan. Senyap. Anakku terus bangun tanpa lelehan airmata lagi. Diwajahnya terpancar wajah lega yang amat sangat.

Kami disarankan untuk membawa Farhanz ke poliklinik setiap hari untuk proses 'dressing' sehinggalah lukanya kering. Ermm.. nampak gaya Farhanz terpaksa ponteng sekolah kerana tiada ubat sapu diberikan, yang ada hanyalah antibiotik dan ubat demam. Untuk mengurangkan gelesan antara betis dan seluarnya, Farhanz terpaksa kami rehatkan sehari dua ini. Faham sajalah anak-anak lelaki bertemu kawan, tentu ada saja aktiviti yang ingin dilakukan bersama.

Pagi ini suamiku pula dibawa ke poliklinik yang sama akibat infeksi dibahagian dalam telinga yang membengkak dan diikuti dengan demam. Aku harap keadaan ini tidak berpanjangan sebab aku rasa sakit kepala Jumaat lepas mungkin berulang kembali.




Wednesday, July 15, 2009

DO YOU HAVE A DREAMS THAT UNFULFILLED??


Have you ever dream to be somebody that you wanted to be...?
Me... sure! I have a dreams...

Since I was young.. I wish I could be a novelist. First, it start with a characters complete with dialogs (ala.. buku tiga lima tu... percaya tak, my son pun buat perkara yang sama..) then it become a short story... (tu zaman sekolah rendah la) ..now ... try to transform and pile it into a bunch of papers...

I love to read.. a fantasies (happy ending stories)... full of colors, shining and shimmering around me... hahahaha day dreaming lagi.. hei wake up!!

Betul.. kalau ikut apa yang aku tulis kat atas tu..memang aku nak jadi novelis... betul.. aku suka day dreaming..(tp tak lah seteruk yang engkau orang sangka eh). Aku suka baca something yang menyenangkan hati... yelah realiti tak sama ngan fantasikan.. once korang gundah ke.. gulana ke.. bacalah something yang boleh buat korang tenang dan kembali ceria.. tak kiralah apa bahan sekalipun.

Last few years.. I start to write... almost about 200 pages.. then my pc kong! Warrrrgggghhhh nak menangis rasanya... then peh tu mula start save dalam tumb drive.. peh tu.. tumb drive lak hilang!! Warrrrggghhh skali lagi... till to date.. yg tinggal... hanya lah rangka cerita.. sbb otak da mengong .. tak reti nak start kat mana...

I need an inspiration!! selalu ketandusan idea... camna nak bagi idea ni datang eh...
Dulu siap tanya my fwen yang keje kat karangkraf .. 'what is a standard procudure to produce a novel'..member pun... blablabla... citer kat aku... last2 habuk pun tarak... almost 4 yrs you... otak i kosong... tapi takpe.. selagi belum menutup mata .. akan ku cuba hasil kan novel walaupun sebuah aje... tak pe..tak pe.. Anis Ayuni sumber inspirasiku... akan ku temui dia tuk dapatkan tips nak hasilkan novel.. ye Kak Anis aka Latifah..

La ni.. gile amik gambar lak.. beranganla tu jadik pro... ok.. the story begin....
bila kak long aku bertunang ngan partime photog(peh tu kawen la kan) ... habis segala gunung yang dorang redah sumer diambiknya gambar.. majlis orientasi pun dia amik gambar... sampai site project2 PNB pung dia amik gambar... aku jadi sronok ngan gambar2 nih...masa tu camera sumer manual...mana ada digital... tak silap...waktu tu aku skolah rendah lagi..

Kebetulan lak.. bila aku masuk kolej (itm belum taraf U lagi kay)... student ID diwajibkan amik subject photog ni... dapat la kamera 50mm loan dari jabatan... peh.. balik kl.. aku tibai lak camera company bapak aku (masa tu dunia ..ana yang punya walaupun manual - tak tau pakai pun buat2 tau). Habis kolej... satu apa camera pun aku tak pakai.. Bila da nak ada baby barulah sibuk ngan rakam memories.. itu pun jenis fix nyer... huhuhu... pastu beralih lak pada yang boleh zoom... ditigal .. terus dslr...

Sekarang nih.. nak beli lense ke flash ke... crystal filter ke.. kena pikiaq lebih 10 kali..mahai woo...
Kopak mak ... nyah... minat nyer pasal.. ringan poket suami teman.. hik hik hik.. (dia la yang jadi mangsa... sapa lagi) Ishk.. kalaula aku dapat job partime.. buleh kumpul duit buat beli lense kan....

GURU-GURU ramai diluar sana... tunggu on aje nak gi outing ngan dorang ni... tak sabar nak tunggu sifu KC (yg sedang mabuk2 tew ) bawak aku g taq kat Kajang sabtu nih...

Uh.. wish I can fulfill my dreamsssssssss

Monday, July 13, 2009

TRY TO TAKE A NAP .. BUT I CAN'T SLEEP!!


Alhamdulillah... di sebalik kegawatan ekonomi ni... masih lagi boleh bernafas dengan income yang sedia ada.. tender submission boleh kata almost every week...
Sekarang QS2 tengah sibuk nak submit tender tuk besok.. GOOD LUCK!! moga banyak lagi projek masuk lagi lepas ni..

Hari ini ambik off day walaupun pagi tadi ke Menara C***** handover project. Ada a little bit of descrpencies learnt from this project. .. Always get an endorsement before you proceed with works!! Actually client suker dengan workmanship provided ... and good thing is... we're invited to become one of their panels... Yelah.. 1st time deal.. mesti ada yang terpeleot sana skit... sini skit... Pelan... pelan... berkayuh...lama2 sampai jugak kan.. Sabar2... kalau kita tak tahan layan kerenah orang.. orang lain pun belum tentu tahan dengan kerenah kita kan...So..SABAR...!!!

My vision is only one... jadikan yang susah itu senang... everything is at your finger tips!! Once its under your control... sumer yang susah... you boleh lalui... no OBSTACLES!! and think POSITIVELY!!

Penat tu tak yah citer la... 3 weeks in a row sat n sun kat site just to ensure everything goes well!.. ala2 jadi worksercbangla pun ada.. hahahhaha... mana taknya.. setakat vacum, menyapu... bukak plastik.. da kira pro gak lah... boleh buat pertandingan sapa paling cepat bukak chair plastic cover!! bukannya apa.. nak percepatkan keje... cepat siap cepat balik...

Rasanya dah lama betul tak update blog.. fb pong camtu gak.. takde masa you...
Nak baca kengkawan nyer blog pun tak sempat... Tak pelah.. ada masa nanti baca2 balik eh.... take your time sayang..

Ni dah lari dari tajuk ni... sebenarnya bersangkut paut gak ni... bila da keje tak tentu masa.. waktu tido pun da lari.. so bila mata mengantuk...tapi tak boleh tido... macam ni la jawabnya... menguap2 tapi tak boleh nak lelap... I'm forcing my self to sleep... even for a few minutes!

Salam Sayang!!

Thursday, June 25, 2009

HECTICS!!!


Bersiaran dari pejabat CDSB (bukan curi tulang wokeh... da 8.15 pm pun) .. apa orang kata tu... breaktime? apa2lah.

Kalau tengok keadaan meja sekarang ni... errr... serabut macam my brain gak. Wallah... A4 & A3 bertimbun2... huish, tak tau mana satu nak di settlekan dulu...

Minggu ini dan 2 minggu yang akan datang... staffs CDSB akan berkampung di C****m (only weekend and its 24 hours). Divided into 3 groups and rotation shiff (cam keje kilang tuh).. Awal2 lagi da declare.. team C (hanky panky team) akan ambil shiff 4pm - 12 mid... so sayonara to my 3 weeks sat and sun... will miss ya!

Sekarang ni tengah tunggu hidangan KFC yang akan dibawa balik oleh PM Najib and QS Syafiq..
Otak da cramp giler... can't think much anymore.. (worried coz our short period of time punya keje.. can it be successfully done??- InsyaAllah)

Che Wan pun ada mentioned yang my wires all mingles already... hahaha... Yeah.. yeah.. ... I guess.. this my biggess challenge instead of D* Pa**a project. Eventhought projeknya tak la besar mana, tapi time frame and the hectics will kill me! Kesian TJ, dia kena take over site alone.. sorry Si Comel,.. my schedule is too tight enought. Tunggu lepas settle C****m.. I'll be there, k.

Tak sat call Si Busyuk Masyam... just to get his latest update and to inform that I'm gonna be late again tonite...

Apa??!!! Makan maggie???? Uish.. ini lah keje dorang kat umah ye.. kalau ibu dia tak de...
Like father like son.... They're having a party at home! Tak boleh nak cakap apa... I'm a 12km away from them!

Ok.. makan time.. pasni sambung kilija, OK!!

Wednesday, June 24, 2009

KERJA n FAMILY AFFAIRS


Lately aku terlalu sibuk dengan kerja...kerja... kerja. One after another... kekadang tu, tak sempat nak settlekan satu-persatu... datang pulak yang lain. Offcourse, bila kita da set our mind kearah itu, family affairs tertinggal di belakang... dan aku perasan ianya semakin jauh ditinggalkan. ..

Kesian kat si busyuk masyam yang tembam tuh...tak sempat nak check homework dia, makan pakai dia... semuanya di uruskan oleh orang lain... Pagi pagi bila nak ke sekolah barulah aku dok terkial2 nak check semuanya... Aduh!! rasa bersalah lah pulak!

Nak monitor dia pun thru phone call... balik mengaji, buat homework .. and pastikan waktu tidur dia. Semalam sampai rumah bout 10.30 pm... member dok mengunyah homemade burger lagi. Terkejutlah maknya.. bila tengok anak teruna tak tidor2 lagi... apalagi, keluarlah sumer leteran yang dok tersimpan tue.

Ayahnya pulak kemaruk burger... Ahad burger, semalam burger... n malam tadi pun burger gak... ???? apa sudah jadi...Owh sekarang da trend burger agaknya... 'Big Mac ' ala Yosz yang ada both daging ayam n lembu! ... aku pun teringin sebenarnya... malam semalam masa balik, perut da sebu.. jadi malas nak makan apa2... bantai lah tidoq. Pagi tadi sebelum pi keja, pesan kat Bik Bik.. suh sediakan burger utk malam nanti sbb Ayahnya awal2 lagi da inform tak nak nasi tuk makan malam nanti. Tapi hajat nak balik awal tak kesampaian... alih2 sampai umah adalah dalam pukul 11.15 mlm..

Pi check bilik si masyam.. dia dah lena.. oklah tu. Perasan baju yang dia pakai lain macam sikit besarnya. Pi check dekat2... la rupa2nya... baju Ibu dia! dan kain pelikat yang tersarung.... kain Ayah dia! Sayu hati la pulak ...

Tanya Ayahnya ... nape jadi camtu..
'Agaknya dia rindu kat Ibu dia kut...' ... Alahai.. kelu tak terkata!!!
Oklah... better simpan dalam hati... cuma terfikir... kenapa baju Ibu dan kain pelikat Ayah yang dipakainya malam ni???

Ya Allah... Engkau selamatkanlah dan lindungilah keluargaku dari cubaan dan ujian yang berat yang tidak mungkin aku dapat menanggungnya... Amin...
Aku tak nak fikir apa2.. cuba jauhkan all the negative thoughts that keep playing in my mind!
So pi la kat meja makan..... nampak ada piring bawah tudung saji yang jarang.

I'm speechless.. Ayahnya siap buatkan burger special untuk aku malam ini!
My Dear... thank you very much!!

Sunday, June 21, 2009

BELIEVE ME, IT'S OUR NATIONAL MUSEUM!!


Sabtu lepas.. lepas sibuk2-kan diri kata tapak projek... and lunch di SA seksyen2.. Dalam kepala da plan nak ke Bagan Lalang.. (about 8 yrs da tak k sana..) Ingat nak sambut Father's day in advance, tp sampai depan Bukit Tinggi Klang, kami patah balik ke KL thru Kesas... sbb fikirnya fikir.. kul bape nak sampai KL balik sbb kat Klang jew dah jam 4 ptg.. Kansel!!

Then sudden plan nk ke Masjid India... ok la tue.. tapi, bila lalu je depan Muzium.. kami terus singgah. Memandangkan anak kami ni dah celek membaca dan mula faham our culture... Napee tak singgah jew.. kami (ayah n ibu) pun dah lebih 8 tahun tak ke sana...

Dalam kepala ni dok pikiaq la . .. apalah mat2 n minah2 saleh ni fikir pasai muzium kita ni nohrr.. tak macam tempat depa ... international standard..(masa nak masuk tue, ada lah group of tourists mundar mandir kat laman muzium tu) Tapi... ayat2 dlm kepala tadi kena tarik balik da....
terkejut beruk makcik tengok latest interior arrangement kat dlam muzium tuh!

WOW!!!... 5* and full of compliments to the new management!! Ha.. ambik ko!
So, for those yang dah lama tak asah otak... to refresh and to recall all those Malaysian history... pi la melawat Muzium Negara yang totally different if were to compare dengan old time masa kita kecik2 dulu.. Standard international you! Sungguh kagum... consultant mana la yang dapat job buat id tuk muzium nih.. mesti sronok Project department yang handle projek nih... Banyak ilmu ho... buleh kutip dari id construction nih...

So .. sekali lagi di war warkan... jika berkesempatan.. pergilah melancong di dlam negeri seperti ZOOM Malaysia!

psst... otw nak keluar dari parking lot (planetarium negara).. ada couple dari HK yg tumpang kete kami... sbb susah dpt teksi katanya.. I quess they're retired,.. kami dropkan dorang kat stesen keretapi Tanah Melayu (yg lama) sbb katanya nak pi amik gambar bangunan tu (historical building).. couple ni kata depa datang sini atas tiket 'free n easy' sbb Malaysian can speaks English!! (bangga makcik - kembang kempis hidung ni ha..)


Happy Father's Day... to Ayah.. fr. Farhanz with L.O.V.E



Ta' kan Melayu hilang di dunia... ( Tak gitu )






Tuesday, June 16, 2009

K.A.L.A.U.L.A.H A.K.U M.A.M.P.U


Otw nak balik umah malam tadi mak call, katanya nak minta anaknya ini hantarkan dia ke HKL... ari ni lah tu.. (oppss... mak sihat wa' afiat,k... )

Dulu, sebelum wujudnya Khairul Farhanz.. mak memang seorang yang aktif berpesatuan.. Balkis la.. politik la.. berjanzilah.. mengajilah..entah apa lagi tah...

Then, bila Farhanz lahir.. maklah orangnya yang menjaganya dari umurnya seminggu hinggalah seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas... All the way, in n out pasal Farhanz.. sumer maklah yang uruskan...
Betapa besarnya pengorbanan seorang emak terhadap anaknya (akulah tuh)
Dulu, mak rajin jadi volunteer... jaga anak2 kecil di wad pediatrik HKL n bagi semangat pada ahli keluarga yg ada.. then semua masa lapang mak tersekat sebab mak nak jaga cucu 'bertuah' nya... si bulat-bulat tu..

Sekarang, mak dah ada masa lapang balik.. she can do whatever she wanna do... she got her freedom back! I dont want to stop her anymore.. especially when it comes to social works... (helping those who need it)
At her age of 69... I'm really admiring her determination of life.. she's firm and strong.. she know what she wants... she manage her life beautifully eventhough storms and hurricane comes between the line..

Ok.. berbalik pada kisah HKL pagi tadi... kata mak, kanak2 yang begitu muda dalam lingkungan 5-6 tahun ada yang mengidap kanser... terkedu seketika bila aku dengar mak kata begitu..
Kesian sungguh... terus aku teringat pada Farhanz yang berada di sekolah pada waktu itu...
Sesungguhnya aku benar2 bersyukur.. aku dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia (walaupun kadang2 badai melanda) dan sihat sejahtera... aku dikurniakan anak yang cukup sempurna sifatnya.. cerdik dan pintar (dlm version aku la..)

Kalaulah aku seorang yang berkemampuan... (hartalah...) mahu aje aku berhenti kerja n join mak buat social activity ni.. especially yang melibatkan kanak2...

kalaulah aku mampu.... (InsyaAllah...)

Monday, June 1, 2009

c.u.t.i @ B.U.K.I.T T.I.N.G.G.I


Seronokkan bila dapat bercuti dengan big family ... well cuti kali ni taklah jauh... about 40mins away from KL.. tapi get together tu yang penting.


Bukit Tinggi aka Berjaya Hills Resort advertisement quiet and peacefull place for those who wants to blow themselves away from hink and honk sounds in town. Macam Frasers Hills gitu..
Yang menariknya.. kami boleh memasak... jimat you... Imagine eh, kalau 4 familes get together.. tak kopak poket kalau 24 jam nak kena meng'order' aje.


Location? Tak lah jauh.. rite after Karak tunnel just stay on your left hand site then you'll see the big signboard exit from the highway. Climb up the hills would take about 10 t0 15 mins only... about 2300 ft fr. sea level, its breezy and really2 suitable for family vacation.


Thanks a million to Madam Linda, whom rent out her apartment to me n family..

Very cheap for 2 bedrooms rental.. guess how much is it...??? ; )


View from the balcony throughout the living hall and kithen


Greens from the balcony


From the Kitchen


The table arrangement... nice huh !



The master bedroom


The Master Bathroom


2nd bedroom view


Dining and Kitchen

The Rabbit Farm


Kampung Janda Baik.... nice spot for picnic... but depends on location dowh!

This what the kids found when they treasures the hills with daddies..


Tuesday, May 26, 2009

B.i.z.z.i w.e.e.k


Memang tak boleh buat apa-apa bila kita fikir kita boleh rehat skit this week sbb assume dah nak cuti sekolah so keje (rumah n ofis) pun kurang... tapi... sebaliknya terjadi.. Time nak cuti ni la.. ada site briefing and tender(s) have to be submitted by 1st n 2nd of June!!! (Huarrrrgggghhh.. time tu I am supposed to be on leave!!) camna ni?? Nak tak nak Monday ni kena masuk keje ler jawabnya...
Anyhow, I still have think positive rite? hehehe.. keje je la.. ada rezeki cuti lagi.. ye tak..

Till then see ya!

Monday, May 18, 2009

Teacher's Day and Me...




Setiap tahun aku tidak akan lupa tarikh yang satu ini, walaupun ianya tidak berapa penting pada orang disekelilingku.. tapi bagi aku, tarikh ini begitu bermakna yang semakin menjadikan aku lebih dewasa. Betapa Tuhan aku bersyukur kepada yang maha Esa yang memberikan aku nafas dan nyawa untuk menikmati hidup dialam yang fana ini. Yang lebih menyeronokan lagi, secara tidak langsung hari keramat ini disambut oleh semua pelajar dan guru-guru di Malaysia.... Wah bangganya aku!!. Masa sekolah dulu, akulah orangnya yanng tersipu-sipu malu bila ada rakan-rakan yang menyedari tarikh itu serentak dengan sambutan Hari Guru. Kalau ada yang bertanya tentang tarikhku, aku akan berkata... sama dengan sambutan Hari Guru, dan aku tidak tahu kenapa aku benar-benar menyenangi tarikh keramat ini!

Buat para guru di luar sana, tidak kira dimana pun anda berada, apa pun pangkat anda tidak kira samada anda guru sandaran atau hanya guru sekolah taman bimbingan kanak-kanak. Sedarilah bahawa setiap ilmu yang dicurah begitu bermakna buat kami semua. Kerana pagi ini sambil aku memandu ke tempat kerja, seorang guru tabika meluahkan emosinya kerana tiada siapa yang menghargai guru-guru berjawatan rendah sepertinya di radio Sinar.

Cikgu, anda adalah permulaan kami semua... tangan anda yang membimbing kami memberi seribu makna.. jasa anda tidak terbalas... pengorbanan anda terlalu berharga buat kami semua... Percayalah ... anda adalah ibubapa kedua kami sebenarnya...

Terima Kasih Cikgu!!

Wednesday, May 13, 2009

Mother's Day, Nurse's Day and Teacher's Day!!!



M.O.T.H.E.R'S D.A.Y

Everyday is a mother's day!! itu kata Anas (Hanateng).. well I admit it... sebab imagine eh.. I tak stay ngan my mom, tapi anak I yes (day time only and currently).. lepas sekolah dia akan terus ke rumah opah. Petang either me or my big teddy akan fetch him (normally it will be my teddy routines). Kekadang tuh siap makan sekali kat sana sebelum balik zzzz... what to say??? We actually depends a lot on our mother without realizing it... Mom is everything.. last time kalau sakit sikit (mc lah tew) I akan lepak kat umah mak (sbb for sure mak akan masak utk kita kan) tp lately, try not to burden her.. just let her know that I'm not feeling well and just need a rest at home. My mom pun almost 70.. tp I respek dia sbb her capability to do house chores, mmg superb..! tanah sekangkang kera kat depan rumah tu pun hasilnya memberangsangkan.. Baru petang semalam I bawak balik segenggam purple chilis buat nasi goreng pagi ni n tak yah beli kat kedai!! So everyday is a mother's day!!

N.U.R.S.E'S D.A.Y
Frankly speaking.. I had a either bad or good record with hospital. Masa kecik I (around 6 yrs old) pernah admit di HKL due to sakit gusi tak silap (tak ingat arr). I ingat lagi Nurse berbangsa benggali bawak I round kat store ubat... seronok!!! she's a very kind person.. and I'll never forget her!!
Then... more than 20yrs later.. I admitted again..kali panjang durationnya. HUKM.. a lot of ppl lodge a complaints bout this hospital but I had nothing to say (it's too complicated!!) thanks and no thanks actually.. only people who knows me better will understand this. Tapi I salute all the docs and nurses whom taking care of me eventually.. last 2004, I ada datang melawat staff nurse yang bertugas kebetulan I ada appointment dengan pakar kat situ. Terharu tau.. sebab KJ and staff nurse still ingat kat I lagi... siap peluk2 lagi.. we had a chat and talk about the past..sedih, sayu .. sumer ada. Once again, thank you very much to all nurses yang baik serta sopan dan better dari nurse zaman dolu2..

T.E.A.C.H.E.R'S D.A.Y aka.....
Ha... yang ini memamg I tak boleh miss.. every year I akan sambut(selagi hayat masih ada la).. either alone or with somebody by my side...selalunya I tak mintak apa2 tuk celebrate 'teacher's day' ni.. tp kekadang I dapat in advance.. like last year and this year, I dapat lebih awal (sebab tak sabarkan...) but hopefully this year, there will be something (extra) cute wrapped with a nice wrapper will be on top of my table... hehehehee melampau!!! da dapat, mintak lagi tuh!!

Monday, May 4, 2009

B.U.T.T.E.R.F.L.Y


When you love someone so deep
that they become your life
It's easy to succumb to overwhelming fears inside
Blindly I imagined I could
Keep you under glass
Now I understand to hold you
I must open up my hands and watch you rise

Spread you wings and prepare to fly
For you have become a butterfly (Oooh)
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be,
So spread your wings and fly
Butterfly

I have learned that beauty has to flourish in the light
Wild horses run unbridled or their spirit dies
You have given me the courage to be all that I can
And I truly feel your heart will
Lead you back to me when you're
Ready to land

Spread you wings and prepare to fly
For you have become a butterfly (Oooh)
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be,
So spread your wings and fly
Butterfly

I can't pretend these tears aren't overflowing steadily
I can't prevent this hurt from almost overtaking me
But I will stand and say goodbye (stand and say goodbye)
For you'll never be mine
Until you know the way it feels to fly

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly (Oooh)
Fly abandonedly into the sun (fly to the sun)
If you should return to me (I will know you're mine)
We truly were meant to be (spread your wings and fly)
So spread your wings and fly
Butterfly (my butterfly)

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be (you and I)
So spread your wings and fly (spread your wings and fly)
Butterfly

So flutter through the sky
Butterfly

Fly...

Spread your wings and fly
Butterfly.



Only GOD know y....

Monday, April 27, 2009

P.E.R.I.S.T.I.W.A B.U.K.I.T K.E.P.O.N.G


Semalam masa dok menggosok baju sempatla layan citer BUKIT KEPONG ..kat channel (tak ingat da..) Antara cerita/kisah benar yang tak jemu2 aku layan...
Kalau dulu masa kekecik, sampai nangis teresak2 nonton citer ni.. nak lagi saat2 dialog anak kecil... "ibu dan ayah dah takde".. dgn air mata meleleh2 berjuraian budak tu .. aku pun ikut sekali...

Muzik latar dia jangan citer la... sayu aje, tapi bila bab perut Allahyarham Rahim .... terburai tu yang paling ngeri.Sekarang, aku dah dewasa... kurang skit leleh2 ni.. cuma kekadang mata tu berair jugak. Controllah depan both Teddies..

Sambil dok menggosok tu aku terfikir, betapa bertuahnya kita yang hidup dizaman ini. Takde peperangan (maksud aku di Malaysia la), takde lagi hidup didlam ketakutan dari serangan pengganas. Cuma sekarang kita berhadapan dan berperang dengan diri sendiri sebenarnya, kita tidak boleh dan tidak mahu mengamalkan konsep "GIVE n TAKE' , kita tak boleh menerima teguran untuk berubah, kita hidup penuh dengan HASAD, kita tidak boleh menerima kejayaan seseorang...kita hanya tahu, kita sahaja yang betul..Apakah ini yang dikatakan MANUSIA...? Mungkin itulah kekuranganya makhluk bernama MANUSIA di muka bumi Allah ini.

Kalaulah kita hidup dengan beteraskan nilai2 murni yang sepatutnya (berdasarkan dan berteraskan ilmu agama (akhirat), peraturan duniawi, disiplin diri, kelembutan hati etc) InsyaALlah, kita akan hidup dlm keadaan yang selamat dan tenang.

Kalau dahulu manusia berperang menggunakan senjata untuk menakluk dunia, sekarang kuasa senjata itu sudah kurang kuatnya (walaupun ianya masih digunakan lagi hingga ke hari ini)kerana perang psikologi, minda dan ilmu boleh boleh mengusai sesuatu bangsa, mengeksploitasi malah meruntuhkan dan meranapkan sesuatu bangsa, budaya dan tamadun itu sendiri... AKu cakap ni bukannya apa, apa yang aku lihat di tv dua tiga hari kebelakangan ini menyimpulkan satu implikasi dalam diri aku sebenarnya yang membuatkan aku terfikir sejenak...

Malam Ahad - AF7 (nonton gak ni..tak taulah kenapa ) yang bertudung terkinja2, melompat2 di bawa sambil menyanyi bersama2 dengan peserta yg menyanyi dengan penuh penghayatan diatas pentas... (secara tidak langsung gadis2 ini sebenarnya berperang dengan diri sendiri yang penuh dengan konflik minda, akal yand tidak disedari)

Malam Isnin - Bukit Kepong, aku melihat generasi terdahulu (atuk moyang kita) rela berkorban jasad dan nyawa semata2 ingin melindungi negara yang tercinta.

Nampak tak perbezaannya, walaupun aku tak pandai nak elobrate pasal benda ni, cuma bagi aku both generasi memang berperang sebenarnya.. berperang dengan cara dan pendekatan yang berbeza.

Satu, berperang untuk membebaskan diri dari dijajah (al maklumla masa tu zaman british..) dan yang satu lagi berperang dengan diri sendiri (emosi dan ketetapan minda) yang tidak membawa apa-apa erti!!

Wednesday, April 22, 2009

L.U.A.H.A.N H.A.T.I


Lately aku tengok semakin ramai yang meluahkan rasa hati dengan 'statement' di YM status. Ada yang seolah-olah menyindir, perli, menbalas balik statement yang ditujukan kepadanya dan ditujukan balik secara rawak. Kenapa dan mengapa.. sukar ditafsirkan.. Mungkin dengan cara itu mereka merasa puas atau mungkin mereka ingin menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat dan hanya mereka sahaja yang mengerti.
Bagi aku ada pros and cons yang perlu dikira dan dipertimbangkan...

1) kita terlalu expose.. kita mendedahkan diri kita yang sebenarnya tanpa disedari, sesuatu yang mungkin orang lain tidak sepatutnya tahu (by status)

2) statement yang dituju terlalu rawak, tidak spesifik dan ianya mungkin akan membuat orang lain (yg tidak berkaitan) merasa tertanya-tanya, terasa atau tersinggung dan akhirnya akan menyebabkan gosip2 serta fitnah dan tohmahan berlaku.

3) Kita mungkin berjaya menyampaikan sesuatu maksud yang mungkin tidak terluah dengan kata-kata, mungkin dengan cara ini kita berjaya meluahkan sesuatu kepada seseorang walaupun tidak disedari oleh orang yang dituju. Sekurang-kurangnya kita telah pun meluahkan apa yang terbuku dihati. Tapi..

4) We'll be easily judge by others later, consequances from the 3rd conclusion.Sifat peribadi kita sebenarnya secara tidak langsung telah ditunjukkan melalui luahan hati kita.. Mahu atau tidak, kita sebenarnya telah membenarkan perkara ini berlanjutan dan berterusan.

Namun terpulang pada pandangan peribadi masing-masing samada bersetuju atau tidak dengan pandangan aku yang tidak seberapa ini. Bagi aku, lebih kita melatih diri kita untuk menghindari semua yang negatif dan menyimpan perasaan yang tidak sepatutnya, yang mungkin akan menyebabkan persahabatan yang sediada ini semakin renggang..

Monday, April 20, 2009

V.I.R.U.S D.E.M.A.M


Sebut pasal demam ni, kami tak terkecuali..
1st, jr teddy diserang viral feveer.. siang ok..malam demam. Siap suruh ibu dia tulis surat kat cikgu lagi tu sbb takut dikenakan tindakan salah laku (katanya la)
A week after, big teddy lak kena.. bak kata oghang utara, kalau dah jenis ketgaq tu ketegaq jugak.. idaklah anitibiotik dihabiskannya so demam pun on off. Baik aje dema dua, ibu lak kena.. kali ni siap ngan selsema, tonsil ngan batuk..All in One! Asallah sakit ni menyerang waktu-waktu hujung minggu merangkap ke hari senin... Tak baik ooo.. M.C hari senin ni..not good for reputation!

Still masa menulis ni pun, demam masih tak kebah,kepala masih mengong, hidung masih tersumbat.. mata stil lalok kesan dari drugs yang diambil..

Hai.. demam...demam..

Friday, April 17, 2009

B.L.O.G.G.E.R.S



Lately, aku rajin bukak blog2 orang lain yang tak pernah terfikir nak baca pun... Menarik dan memang menarik.Kreatif!!!
Ada yang sincere..telus.. tidak perlu berlapik, ada yang ala-ala POYO gitu.. alahai Ada yang meriah dengan cerita-ceriti anak2 yang semakin membesar. Bagi yang bujang, kengkawan sekeliling jadi teman pewarna hidup...
Aku?.. Unpredictable.. kekadang rasa nak pot pet pot pet bercerita, tapi.. ada orang yang nak dengar ke.. kalau tulis kat sini ada orang yang nak baca ke..???
Herrmm.. I wonder...
Kat blog ni Anak Jebon la.. Love.Hate.Life.Angel.. isshhkk macam-macam nicks ada. Termasuk la nick aku yang entah apa-apa makna.. Well actually ianya gabungan 4 nama, me, sr and jr teddy + kalau ada anak perempuan...tapi.. sampai sekarang tak de rezeki... InsyAllah..

Ishk.. apa yang aku mengarut ni..

Wednesday, April 15, 2009

N.O.V.E.L by Emy Hazza



Seronok bila dapat tau somebody yang you kenal berjaya dengan cita-citanya. Myself, baru nak merangkak menulis dan merangka cerita ni pun bertahun-tahun ambil masa. She did her homework well, kalau tak masakan dia boleh bukukan sebuah novel. Oh, kekadang tertanya gak bilalah aku nak start menulis ni... bukannya apa, last time simpan dalam harddisk.. pastu kena virus - e'things gone. Then simpan dalam tumbdrive, tumbdrive pulak hilang.. ishk3x memang bukan rezeki la.. Yang bagus tu, da print halfway..boleh buang lak hardcopy tu (dengan andaian, tumbdrive is good enough without any backup)
Beria-ia beli laptop dengan harapan nak menulis balik.. but till to date, surfing je la jawabnya... idea pun makin lama makin hilang.. like gone with the wind.. huhuhu

Tuesday, April 14, 2009

M.Y D.E.A.R F.A.R.H.A.N.Z




Watching him growing day by day, makes me wonder.. how's future would be, but that's not what I should thinking of rite now.. Just let him explore the world by himself.. try and error to become a so called 'human'as mistakes happen and corrections will follow after... We just a guardian whom been mandated by ALLAH SWT to take a good care of him as what as our parents did before.

Love, guide and shelter him the way it should be...

Monday, April 13, 2009

Wimax


Wimax... something new to us rite... tengah configure n testing the speed of this device. Bagus ke dari streamyx, coz my teddy already had a plan to terminate streamyx and phone line @ home. The connection of wimax is better, he said... don't be too rush my dear..lets enjoy the free 7 days trial first. Then, we decide. Bukan apa ...something new still ada try n error kan... tapi kalau tengok pada download speed.. 54mbps... lajue ke, tak ingatlah pulak berapa mbps masa guna streamyx...
Compare apple to apple
Wimax - RM49, no phone line... portable, router sharing mode.. just plug and surf, dload - 54mbps.
Streamyx - RM77, then RM66 and current RM60.. with phoneline (pay for usage only), fixed(internal only), router sharing mode, dload - 384kbps (if i'm not mistaken)
So which one is better... sbb tak reti nak decide... (mengong!)

Updates - confirmed and definitely we switch to P1 WIMAX.. excellent (bak kata my teddy) ~ hopefully

Sunday, April 12, 2009

Gila MASAK


Gila masak - Ikut mood... Kekadang craving for something soft and sweet.. kekadang yang pedas2 aje. Luckily 2 orng hero kat umah ni tak komplen. So pagi semalam (Sabtu) teddy bear cakap si bulat2 nak makan sotong, so minta Teddy bear ke pasar sbb stok sejuk beku memang takde dalam peti ais. Tapi ada masalah skit dengan pendengaran agaknya.. Teddy bear cakap nak makan sotong masak lemak.. tapi telinga ni dengar macam... sambal sotong nasi lemak. Hasilnya... Oklah tu kan... meal for the whole day, nasib baik laku. By evening, nasi pun habis..malam tu makan yang ringan2 ajela..sambil layan t.v.




Sunday morning, breakfast di Pasar Muhibah Tmn Nirwana... plan awal kalau da heavy breakfast, petang sikit baru nak masak (itupun nasi goreng..yg simple2). Endup bila nampak je ketam.. terus ubah fikiran.. craving for ketam dah berminggu2..alhamdulillah.. isi penuh, puas hati .. (sbb selalu tngk Aliza Mansor masak ketam.. jadi teringin la pulak..)

Wednesday, March 11, 2009

S.u.p.p.l.e.m.e.n.t.


 


He's considered a big size, but it doesn't mean that he's healthy physically. We (parents) gave him a try to take a supplement that have been trusted all these while. I know how it taste... yurrrkkk...(coz I've been through the same process before) but thank GOD, he can accept it.. with conditions... yogurt or cultured drink will come after...looks like we are going to continue with this new routine.. What ever, as long he swallow 'it'!!

Monday, March 9, 2009

L.O.V.E
















Dengar lagu ni.. terus jatuh cinta..bukannya apa..
bait-bait liriknya menyentuh jiwa, mendamaikan...

Lirik Lagu Nidji - Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

Monday, February 9, 2009

Our Passion



Today, we're talking about our passion.. especially my passion towards my future..
I am still hoping that one fine day my hubby will be back to Middle East to have his very own career there while me, become a housewife ... practising all that I'm eager to do.. become a writer of my own.. try a new recipes, snap photos for a sweet memories..but the most important thing is.. I wanna become a good Muslim.. hopefully I would change for good..

That's what I'd really wanna do.. eventhough I know it is hard to achieve.. but I believe the 'One Fine Day' will come...but there's something really makes me want to laugh while we're sharing our hopes..here's my son's reply..

'Fa'anz biasala.. duduk rumah, makan main game...' WHAT!!?? Is that his passions???
Urgghh.. cant say much.. he's just a kid, cant blame him enough..

"Anz.. I hope that you'll change for good as ur age do that in seconds, minutes, hours, day.. month.. year.. and so on..."

"You'll understand what is life all about... mature and understands it"

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez