Sunday, March 21, 2010

W.E.E.K.E.N.D S.P.E.C.I.A.L


Jumaat, 19th Mac 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...
Terjebak!! Grolier... worth for family. Never too late to start somethin' new!!
Terjebak lagi!!! tapi yang ini memang worthful sangat untuk orang tensi macam aku...
4 buah novel.. less than RM100...dan bertemu dengan author kegemaranku is priceless...!!
Thanks Kak Yati.. melayan karenah kami.Kak Yati cool aje.. (aku lak macam kerang busuk)

Yang bawah sekali tu da setel.. 2nd last masih mentelaah.. lagi 2 tu, simpan untuk end of this month.. Redang Island (entah sempat baca entah tidak)


Sabtu, 20th Mac 2010
Hot Air Balloon Festival, Putrajaya.Lautan manusia macam semut!! Nothing myuch g boleh di 'snap'. Sauna!! berpeluh-peluh tanpa jogging! Punyalah berjanji dengan family and frenz nak jumpa kat sana... last2 jumpa 1 family aje sbb line kat sana semacam kena block! Itu pun kebetulan..Dinner di Alamanda, then terus chow..


Ahad, 21hb Mac 2010

Outing!!! Yeayyyy!!!
Sarapan di Nasi Lemak Tangling dengan Zul sekeluarga. Then terus ke taman sementara menunggu Mira and her angels..
Penat tapi berbaloi-baloi...
Seronok!!! dapat snap these angels... + the Master (Farhanz)


Bukannya apa.. Farhanz tak ramai kawan, at least dengan cara begini sifat pemalunya tu harap2 akan berkurangan.. Nasib baiklah hari ni dia agak 'open'
Kalau ada Syikin dan Ina King kan best... mesti lagi meriah!!
















































Sunday, March 14, 2010

R.E.A.D & E.A.T & T.R.E.A.T





This is how ai treat myself over the weekend... After a full week of a work load, I bought two novels from my fav autor ; anis ayuni (Saat Kau Kata Cinta) and kak Yati Berahim (Ranting Cinta Si Plato). Finished with Anis, now I'm still reading Yatis'. I don't care if they say I don't read english novel.. I do actually, and collecting them.. but do I have to reveal it here??
Cecelia Ahern don't read my blogs, but Kak Yati does... and we're read each other..


After work yesterday, at 6.00 pm I'd rushed to Sentul Utama, another treat for myself to tag along photog Suffian for Hafizah solemnization.



Today, no rice at all (except for morning breakfast).... but party with BBQ!! Eventhough it's a simple and no occasion at all.. Juz me, my to lovely teddies + my mom, aizat and kak husnul, I am quite satisfied with the outcome... coz its tasty and the whole family luv it!!
Although we live in a pegion hole, but we still manage to enjoy our BBQ!!


Sigh... after sunday is monday...
Nothing much can say for a ppl like me whom earn a living with 9 - 6 'officehorlic'.
Err.. I had a smoke smell over me.. need to shower myself before bed.


Good Nite! ^_^


Sunday, March 7, 2010

U.P.L.O.A.D


Alahai.. tensionnya nak upload gambor kat facebook.. manjang delay..

Err.. tadi dpt sms dari seseorang.. yg sepatutnya amat rapat hubungannya..
Terasa bersalah bila coretan sms itu bertanyakan khabar kita...
Sepatutnya kitalah yang kena tanya khabar dia...
Alhamdulillah, sihat keadaannya... apapun, kena jumpa gak dengannya dalam
jangkamasa terdekat nih, macam bagi petanda ajew... kelopak mata kiri pun
asik berkedip ajew... Dia rindu kat aku kut... mesti jumpa! Mesti!

Selingan ... gambar Farhanz masa sesi keluarkan peluh petang tadi...

Monday, March 1, 2010

sEDIH.sKIT.iNI.mALAM



Iguanaku akhirnya pergi jua....
Muazzzzz!! Iguana akak hilang!!!
Baru akak rasa macam mana Muazz rasa, tapi Muazz ada banyak 'pet' lain. Akak ada satu tu aje..
Maid akak rasa bersalah, tapi takleh nak kata apa. Sebab dah terjadi pun...
Adoyai... time dia tengah nak membesar dan 'body' dia pun da berisi.. dia hilang lak.
Moga Tuhan pulangkan Ms Green dalam keadaan baik nanti.
Muazz tau... kaki dia da cacat. Salah satu jari kaki da mati...
Masa kenduri abang ipar (december 09) benda tu berlaku.
Baru nak tanya Muazz kenapa skin dia makin tak cantik, dan treatment apa yang sesuai untuk dia.
Nampak gayanya, setiap kali nampak kangkung... akan teringatlah kat si dia....



Tinggal kenangan... masa kejadian ni berlaku, sampai ke
Rawang kami carik veterinar sbb tak penah hadapi situasi macam ni... ngeri gak, terkoyak dan terkulai kaki dia..Alahai.. rindunya...
Baru je semalam borak ngan Ms Green..

Sunday, February 21, 2010

All.In.One


Nampak gayanya, once a month la cheq update blog...
selagi ada perkataan "Biz_" & "MaL_s" tu , mmg gitulah adanya...
Anyway... these 2 months life memang happening dengan adanya aktiviti baru yang semakin memberangsangkan... "tembak orang"
Dengan itu, tanpa membuang masa... kita saksikan rentetan peristiwa (the other way round)
walaupun tak kesemuanya disajikan buat tatapan..
28th February - Birthday
19th February - Wedding
15th - 16th February - C.N.Y Hols..
14th February - Engagement
February 07th -Wedding
February 07th -Outdoor
February 06th - Family outing

Wednesday, January 6, 2010

K.E.H.I.L.A.N.G.AN


Mungkin bagi yang membaca tidak akan terasa apa-apa, tapi bagi aku memang payah untuk melepaskan.

1988 aku mula bersekolah menengah di Jalan Hulu Kelang, disitu aku bertemu dengannya. Tiga tahun berturut dia menjadi Guru kelasku, Bahasa dan Seni serta tidak ketinggalan penasihat Kelab Hobi. Akulah orangnya yang duduk paling hadapan mengadap mejanya selama itu. Orangnya amat baik, sporting dan kelakar. Aku, Fiona dan Marlina.. berturut-turut duduk dalam satu barisan. Kami digelar 'nanana' (merujuk pada hujung nama kami) dan yang indahnya kami bertiga dipilih untuk menjadi pengawas sekolah hasil pengamatan guruku yang satu ini.

Bila ditahun keempat, aku meninggalkan SMHK bagi mencapai cita-cita untuk ke sekolah berasrama. Hubungan kami terputus. Mungkin kerana perpindahan aku agak tergesa-gesa dan mungkin juga pada waktu itu aku amat teruja dengan perubahan yang aku akan tempuhi sehinggakan aku terlupa pada para guru terutama sekali guruku yang satu itu.
Aku jadi lupa padanya sehinggalah pada suatu hari aku membelek gambar keluarga classmate-ku di ITM Manjung.

"Eh.. ini cikgu aku"
"Eh, itu kakak aku lah"

Hahaha... betapa kecilnya dunia ini, tanpa disedari aku berkawan dengan adik guruku sendiri. Bermula dari situ, hubungan aku dan guruku bertaut kembali. Sungguh! Dia tidak pernah melupakan aku! Malah dia masih ingat lagi namaku dan perangaiku di sekolah dulu. Hubungan aku dan rakanku menjadi bertambah erat sejak itu. Hampir kesemua rumah ahli keluarganya aku melepak termasuklah rumah guruku itu yang pada masa itu beliau tinggal di BBS dan Yaya anak sulungnya (1988 masih dlm kandungan ibunya) masih kecil.

Yang paling indah, bila aku dan keluarga berhari raya ke rumah sahabatku (selepas beberapa bulan aku mendirikan rumahtangga) kami dihidangkan Laksa Johor, air tangan guruku. Kami bercerita panjang, dia masih lagi mengingati anak-anak murid yang lain dan bercerita padaku. Kalau mereka tahu ... tentu mereka akan berasa amat berbangga mempunyai guru seperti itu, yang tidak pernah melupakan anak-anak muridnya walaupun telah beberapa kali berpindah sekolah.

Pastinya setiap kali bertemu dengan classmate-ku itu aku akan bertanya..
"Bila cikgu nak masak laksa johor ha" ..hmm entahlah..
Aku memang tahu dia menghidapi salah penyakit kronik beberapa tahun yang lepas, tetapi kebertasan waktu dan tuntutan kerja hanya membenarkan aku bertanyakan khabar melalui adiknya. Cuma sekali aku bertemu dengannya bila rakanku melangsungkan perkahwinan Sehinggalah beberapa bulan yang lepas, rakanku melangsungkan perkahwinan pada 2006. Cukup bergaya dengan kurung jingga sekeluarga. Noktah... tiada lagi pertemuan selepas itu.

Sehinggalah beberapa bulan lepas (Oktober '09), sahabatku menyampaikan pesan melalui corong talian..

"Eh, kakak aku asik tanyakan ko.. shakey mana.. pastu dia selalu citer pasal ko"
"Datanglah melawat dia... dia da tak boleh jalan dah"
"Kanser tu dah merebak ke saraf.. dah ada spots"

Aku terdiam... sampai begitu sekali penyakit itu merebak.
Disebabkan keluarga aku mengenali keluarga sahabatku, aku membawa mereka melawat guruku yang hanya mampu duduk diatas katil.

Sebelum kami sampai, aku sudah pun membuat panggilan ke rumahnya memberitahu tentang surprise kami pada anak perempuannya, Yaya. Memang dia terkejut dengan kehadiran kami, mungkin memberi semangat baru buatnya.

Dia, sama seperti yang dulu.. sentiasa tersenyum, ceria dan sporting. Cukup mudah berbicara dengannya, bercerita tentang masa lalu kami. Sukar digambarkan, seolah-olah dia seorang yang sihat dan bertenaga, malah kulitnya dan rambutnya tidak terjejas dengan rawatan yang diambil. Sungguh! Tiada perubahan langsung!

Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya. Perkara ini pernah aku war-warkan didalam FB dahulu, pada teman-teman sepersekolahan denganku. Jadual yang berbeza membuatkan kami sukar mengatur pertemuan beramai-ramai dengan guru kami.

Tapi itu semua tinggal kenangan..

Petang Sabtu 02/01/2010 sewaktu kami sekeluarga bersantai di Tugu Negara, aku dikejutkan dengan berita permergian guruku ke alam baka. Hujan petang itu seolah-olah memberitahu sesuatu. Teresak-esak sahabatku menyampaikan berita yang membuatkan aku kehilangan kata-kata.

Pagi Ahad, 03/01/2010 arwah dikapan dan disembahyangkan di Masjid UPM, sungguh ramai umah Muhammad. Aku dan suami (yg rela hati pagi itu menemani aku) sempat menyelitkan diri ditengah-tengah khalayak.

Alhamdulillah, kuasa Tuhan. Perjalananku dipermudahkan. Dari jauh aku dapat melihat arwah dimandikan oleh anak-anaknya serta saudara terdekat. Ringan kaki melangkah ke dalam untuk melihat dengan lebih dekat. Disitu aku bertemu dengan sahabatku. Kami berpelukan, air mata dengan sendiri berjuraian. Kami KEHILANGAN! Sungguh aku tidak dapat menahan, tanpa dipinta ia mengalir dengan sendirinya.

Seolah-olah arwah sedang tidur dengan tenang, raut wajah yang membayangkan tiada kesakitan lagi yang perlu dipertanggungkan! Kulihat Yaya dan dua adik lelakinya amat tabah sewaktu memandikan ibunya. Tiada air mata berjuraian. Aku begitu kagum dengan mereka.

Benar, urusanku dipermudahkan Allah. Akulah yang terakhir yang dapat mencium dahi, pipi dan dagu arwah sebelum disembahyangkan. Malangnya kami (suami isteri) tidak dapat menghantar jenazah ke persemadiannya atas tuntutan kerja yang lain.

"Dia tak pernah merungut sakit, she had never complaint!! ."
"Selalu tersenyum, aku akan rindukan dia lepas ni.. jaga dia waktu malam, tukarkan lampin dia... "
"Sepatutnya aku ada kat hospital, tapi aku keje"
"Dia tak pernah mengeluh, takde apa2 perubahan.. doktor memang da cakap they can't do much"
"Tapi tak aspect so soon... takde apa-apa tanda langsung"
"Dia ada cakap bahagian liver dia semakin sakit, tapi tak pernah mengaduh.. mungkin sebab infection kat liver dia kut, other than that.. none!"
"Cuma lately dia banyak termenung"
"Shakey, dia selalu tanyakan kau.. selalu citer pasal kau (hoping you was there).."

Aku teramat sedih bila mendengar semua itu... sehingga ke saat ini aku masih lagi teringat akannya. Seseorang yang amat sukar dicari ganti!!

Buat Allahyarhamah Zaini Bt Mohd Noor... jasamu tetap akan dikenang..
Saya akan merindui cikgu selagi hayat dikandung badan...

Al- Fatihah

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez