Monday, May 18, 2009

Teacher's Day and Me...




Setiap tahun aku tidak akan lupa tarikh yang satu ini, walaupun ianya tidak berapa penting pada orang disekelilingku.. tapi bagi aku, tarikh ini begitu bermakna yang semakin menjadikan aku lebih dewasa. Betapa Tuhan aku bersyukur kepada yang maha Esa yang memberikan aku nafas dan nyawa untuk menikmati hidup dialam yang fana ini. Yang lebih menyeronokan lagi, secara tidak langsung hari keramat ini disambut oleh semua pelajar dan guru-guru di Malaysia.... Wah bangganya aku!!. Masa sekolah dulu, akulah orangnya yanng tersipu-sipu malu bila ada rakan-rakan yang menyedari tarikh itu serentak dengan sambutan Hari Guru. Kalau ada yang bertanya tentang tarikhku, aku akan berkata... sama dengan sambutan Hari Guru, dan aku tidak tahu kenapa aku benar-benar menyenangi tarikh keramat ini!

Buat para guru di luar sana, tidak kira dimana pun anda berada, apa pun pangkat anda tidak kira samada anda guru sandaran atau hanya guru sekolah taman bimbingan kanak-kanak. Sedarilah bahawa setiap ilmu yang dicurah begitu bermakna buat kami semua. Kerana pagi ini sambil aku memandu ke tempat kerja, seorang guru tabika meluahkan emosinya kerana tiada siapa yang menghargai guru-guru berjawatan rendah sepertinya di radio Sinar.

Cikgu, anda adalah permulaan kami semua... tangan anda yang membimbing kami memberi seribu makna.. jasa anda tidak terbalas... pengorbanan anda terlalu berharga buat kami semua... Percayalah ... anda adalah ibubapa kedua kami sebenarnya...

Terima Kasih Cikgu!!

2 comments:

Ana on May 21, 2009 at 5:30 PM said...

sori..lupa lakk nama awk..
anyway Happy Belated Bday yekk..hehehe..
yg ke berapa tahun yek??

Unknown on May 21, 2009 at 6:46 PM said...

Ana, da reply kat your latest post
:)

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez