Saturday, August 22, 2009

S.E.L.A.M.A.T B.E.R.P.U.A.S.A!









Selamat berpuasa semua! Moga Ramadhan ini dapat mengubah pendirian dan penampilan kita ke arah yang lebih baik lagi...

Nothing much to write here.. cuma happy to celebrate Ramadhan kali ini dalam keadaan sihat wal'afiat walaupun wabak H1N1 n also denggi melanda kita sekarang ini. Last Friday amik AL.. syok.. tp pagi tu DBKL datang buat fogging.. (maknanya ada kes la tu.. tak pun upon request by the management)

Alhamdulillah.. masuk 3 hari puasa ni .. my little teddy todd masih bertahanlah.. harap2 dia dapat pecahkan rekod tahun lepas (5 ari jew).. so as a token for completing his full day fasting... main menu dia akan pilih.. 1st day - Mee Goreng n apple juice, 2nd day - Spaghetti (and for Ayah - Muffin with carrot juice) and today he asking for Chicken. Any type of chicken...

Any idea nak dapatkan ayam golek aka panggang yang sedap sekitar KL/ pandan Indah/ desa pandan?..

Wish my Ramadhan this year fulfill with bless from GOD the creator. Hopefully there will be a migration from bad to good...InsyaAllah..

Thursday, August 20, 2009

T.E.R.U.JA


Pagi ni masa masak tempoyak udang petai (kes tak tau nak masak apa lagi dah), terdengarlah lagu-lagu patriotik berkumandang dari salah sebuah sekolah (4 buah semuanya) kat area Shamelin nih... Wah.. cikgu-cikgi da start dengan patriotism meka..

Tiba-tiba keluar lagu Merdeka (milik Allahyarham Sudirman).. bertambah semangat teman..huhuhu. Semangat cintakan tanah air yang cuba diserapkan pada anak2 bangsa kita sangatlah bagusnya.. Kekadang kita sendiri lupa yang kita masih lagi mempunyai sebuah negara berdaulat.. bukankah tanggungjawab kita mempertahankan kedaulatan yang makin lenyap itu? Anak-anak kita penyambung warisan yang ada, so as and adult wajarlah kita lakukan sesuatu demi anak bangsa kan..

Teman teruja nih bukannya apa. 1st sebab nak sambut Ramadhan. Last year (and the last2 year before) asik buka kat luar je.. nak penuhi jemputan. But this year, teman nak berbuka di rumah aje ngan family.. nak pi terawih,cuba nak fulfil Ramadhan yang mulia nih. Hopefully waktu bulan posa nanti, takde la teman sibuk nak kena jaga site bagai.. sekarang nih tengah aman, tak tau lah seminggu dua nanti..

My todd Bear pun cakap tahun ni dia akan cuba nak posa penuh... as if last year 5 ari jer dia posa.. hahahaha. Ye lah.. duk ngan opah.. opah pun tak paksa dia posa. Cuma time cuti je dia kena posa sehari penuh sbb papa bear ada skalik.

'Ibu.. hari ni 19 eh'
'Tak lah.. 20'
"Huish.. da dekat.. lagi 2 hari je'
'Apa yang 2 hari'
"Nak puasa... "
'Owh.'
"Sahur kena bangun pukul 5 kan.. nanti Fa'an terus pegi skolah eh"
'Erm.. betullah tu.. tapi boleh rehat dulu sebelum mandi.. buat homework ke'
"Nanti ibu keju Fa'an ye"
'Ye.. ibu kejut.. tapi kalau ibu kejut Fa'an tak bangun.. lepas tu jangan nangis eh' (kes tak bangun sahur last year, pastu dia nangis sbb tak kejutkan dia betul-betul)
"Fa'an bangun.. nanti ibu buatkan sosej dengan roti ye.. macam dulu-dulu"
(uish.. ingat lagi budak nih)

Last year kami bertiga aje, sebab papa bear tak suka sahur.. jadi teman pun malasler nak hidang nasi. So kami makan something else.. scramble egg ke, sosej ke.. dengan roti..

2nd, sebab nak merdeka nyer pasal... waktu nih lah.. iklan2 patriotik akan kuar balik kat t.v. T.V ni pun sebenarnya memainkan peranan penting gak.. buat kita hamba manusia yang terleka dan alpa nih... inilah waktunya kita lihat balik ke dalam diri kita nih... Ar you true Malaysian?? How patriotic r U?.. Do you know well enough the Malaysian history?

Last 2 years, teman ada amik bahagian kat stadium Merdeka (sempena ulangtahun yg ke-50)... tu tiang bendera yang tinggi dengan bendera 13kaki (kalau tak silap ar). Seronok dan bangga! Be part of the team to ensure the event succeed!

Plan waktu tu teman nak bawak anak teman sekali join kakak sepupu dia nyambut merdeka kat stadium.. tapi malangnya... litte todd bear kena demam campak.. buruk sangat muka dia bernanah2, waktu tu pulak papa bear balik M'sia kejap nak renew visa.. so he took the opp. to take care of him. Teman memang tak boleh nak tuang keje.. sebab keje event ni short period so keje gak lah. What a memory... sib baik teman ada amik gambar flag pole tu masa dia dok terbaring lagi.. (nanti teman selitkan eh..)

Errmm.. citer pasal patriotism nih, bendera Malaysia pun tak kibarkan lagi.. (ishk malu!)
what about you?

Thursday, August 13, 2009

TENTANG DIA (YG TELAH PERGI TAPI TETAP DI HATI)


Allahyarham SUDIRMAN... banyak yang sebenarnya aku ingin bercerita tentang dia. 'KAMI' a simple movie yet gave a lot of impact to our lives actually. Kalau tak caya, minta RTM tayangkan sekali lagi... I'm not gonna miss it!

Kalau tak silap, waktu umurku dalam lingkungan 5-7 tahun, kami ada jiran yang suka sangat menyanyi lagu arwah Sudirman.. orangnya lebih kurang sebaya aku aje..
'KITA MENARI SAMBIL LANGKAH KANAN KIRI .. GOYANG BADAN GOYANG KAKI.. HIP HIP HORAY... E'OT E'OT.. (hahahaha yang e'ot e'ot tu lirik tambahan jiranku yang namanya aku betul2 lupa) , waktu tu pulak aku suka lagu "BASIKAL TUA..." sebab abangku yg ke-4 dapat hadiah basikal dari abah.

Dulu, kalau balik kampung dengan van biru... kami adik beradik akan layan perasaan dengan lagu 'BALIK KAMPUNG'(abang aku yang no 4 tulah suka menyanyi dalam van), perasaannya sukar digambarkan...somethin' like a must bila jelajah ke utara.. al maklumlah.. waktu itu mana ada highway plus nih..sampai Bidor, singgah. Sampai Tepeng, singgah...iskh entah berapa kali singgah da... Masa sekolah asrama pun macam tu gak.. bila nak balik KL..especially bila time nak dekat2 raya... aduh.. kenangan mengusik jiwa!

Ingat lagi citer2 telenovela TV3?..'DIMANAKAH NILAI CINTAMU' as the soundtrack? Gosh..totally forgotten title (wish somebody could recall that)

Merdeka! Merdeka! 31 August 1957... every year without fail.. you will listen to this song definitely... tak lapuk dek hujan, tak lekang dek pana... Mendeka!Mendeka!.. bak kata Farhanz when he was a todd..

Waktu bercinta (dululah), aku suka dengar lagu 'JOGET KENANGAN MANIS'... sebab orang yang aku sayang pernah bersekolah disana. Rupa pekannya pun aku hanya berimiginasi sahaja sebab kaki ini tidak pernah melangkah ke sana waktu itu.

Masa umur Farhanz dalam setahun dua, dia tidak boleh dengar kalau kami mendendangkan lagu "AYAH DAN IBU". Airmatanya akan meleleh. Tak tau kenapa, sedangkan waktu itu aku berandaian apalah yang dia faham sangat pun tentang lagu ini. Alkisah, cerita itu tenggelam begitu sahaja sehinggalah baru-baru ini.. On the way balik dari kedai macha Kg Pandan (rambutnya digonjengkan)... "PELANGI PETANG" berkumandang dari corong sinar f.m.

"Yer, ingat tak lagu ni I pernah bagi kat U" mukadimah aku la tu...
Bla bla bla.. dengan suami (sensored.. tak leh citer kat sini) akhir cerita, aku menoleh ke belakang sambil berkata..
"Fa'an.. ibu penah bagi lagu ni kat ayah tau..."
La... rupa2nya dia tengah meleleh terhenjut2...
tak terkata kami berdua..well, as a mother I moved my position a bit to comfort him.
"Nape nangis... sedih ke dengar lagu nih?".. sayu dia mengangguk..
Okay... I've got nothing to say..memang di akui memang lagu ini sedih dan bermakna.. tapi tak sangka fa'an yang tak cecah 7 tahun itu pun menghayati lirik dan senikatanya...

Dari situ aku belajar..
1) Lagu2 Allahyarham memang mengusik kalbu walaupun kita hanya boleh mendengar suaranya sahaja.. evergreen..
2) Anakku seorang yang penuh emosi dan sensitif... hatinya cepat terusik. (Kena monitor nih...)

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez