Wednesday, February 16, 2011

S.P.R.I.N.G C.L.E.A.N


Sudah hampir setahun blog ini ditinggalkan 'unattended'. Kemalasan dan kesibukan yang melampau... hehehe. Apapun, azam kali ini akan cuba update seberapa banyak yang boleh.
Baru-baru ini 12 Feb '11 yang lalu, pertemuan kali pertama dengan novelis pujaan hati termakbul jua.. MPH Midvalley tempatnya. kalau last year, March jumpa Pn Norhayati Berahim.. (Oh! Cinta Pertama tetap dihati...) kali ini dengan Pn Norzailina Nordin pula.
Novel yang dibaca... gosh! jalan cerita tersangat menarik giler.. sampai boleh buat permintaan supaya disambung ceritanya. Betapa asyik dan indahnya jalan cerita... Karmila, Nik Fazwan, Wazif dan Mustaza..
InsyaAllah, kalau berkesempatan nak jumpa dengan novelis
Gemersik Kalbu sangat mengujakan, geram dengan sifat nakal Pian tapi disebalik itu tercuit hati dengan watak bersahajanya.
Kasih Yang Suci.. sungguh tidak sabar untuk bertemunya dilayar perak...
Kalau nak diikutkan mahu aje dibariskan senarai novel-novel pilihan hati... terlalu banyak sebenarnya!
Karya-karya mereka inilah yang membuatkan masa lapang yang terhad terisi walaupun kadangkala terpaksa mencuri waktu untuk mendalaminya.
Pernah beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi sebahagian dari mereka, tapi seringkali gagal kerana kekurangan ilmu didada... tapi, dengan adanya tips2 yang sangat berguna dari Pn Norzailina tempoh hari... pasti aku akan mencuba lagi!
InsyaAllah, berikan aku waktu supaya dapatku hasilkan novel hasil nukilan sendiri walaupun hanya SATU!
(gambar akan diupload nanti)
Welcome back Shafahanz-Iman!!

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez