Wednesday, April 22, 2009

L.U.A.H.A.N H.A.T.I


Lately aku tengok semakin ramai yang meluahkan rasa hati dengan 'statement' di YM status. Ada yang seolah-olah menyindir, perli, menbalas balik statement yang ditujukan kepadanya dan ditujukan balik secara rawak. Kenapa dan mengapa.. sukar ditafsirkan.. Mungkin dengan cara itu mereka merasa puas atau mungkin mereka ingin menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat dan hanya mereka sahaja yang mengerti.
Bagi aku ada pros and cons yang perlu dikira dan dipertimbangkan...

1) kita terlalu expose.. kita mendedahkan diri kita yang sebenarnya tanpa disedari, sesuatu yang mungkin orang lain tidak sepatutnya tahu (by status)

2) statement yang dituju terlalu rawak, tidak spesifik dan ianya mungkin akan membuat orang lain (yg tidak berkaitan) merasa tertanya-tanya, terasa atau tersinggung dan akhirnya akan menyebabkan gosip2 serta fitnah dan tohmahan berlaku.

3) Kita mungkin berjaya menyampaikan sesuatu maksud yang mungkin tidak terluah dengan kata-kata, mungkin dengan cara ini kita berjaya meluahkan sesuatu kepada seseorang walaupun tidak disedari oleh orang yang dituju. Sekurang-kurangnya kita telah pun meluahkan apa yang terbuku dihati. Tapi..

4) We'll be easily judge by others later, consequances from the 3rd conclusion.Sifat peribadi kita sebenarnya secara tidak langsung telah ditunjukkan melalui luahan hati kita.. Mahu atau tidak, kita sebenarnya telah membenarkan perkara ini berlanjutan dan berterusan.

Namun terpulang pada pandangan peribadi masing-masing samada bersetuju atau tidak dengan pandangan aku yang tidak seberapa ini. Bagi aku, lebih kita melatih diri kita untuk menghindari semua yang negatif dan menyimpan perasaan yang tidak sepatutnya, yang mungkin akan menyebabkan persahabatan yang sediada ini semakin renggang..

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez