Wednesday, October 31, 2012

P.L.E.A.S.E D.O.N'T L.I.E!!!


Please don't lie
bila....

1 - menonton drama remaja hati anda jadi munga-munga gitu
2 - berangan andalah hero/heroin drama tersebut
3 - turut merasa terseksa bila hero/heroin dilanda bencana/kesulitan
4 - melonjak gumbira bila cinta terpateri jua
5 - pastu dok berangan-angan sebelum tido...

saya?
 eh saya dah lama tinggalkan zaman remaja nih....hehehe ;-)

Sunday, October 28, 2012

K.A.M.B.I.N' I.T.A.M!!


Kambing Itam!

Resepi hentam sajalah labu.
Daging Kambing sekilo (RM 14 pasar Pudu)
serbuk lada hitam 1 sudu
rempah kari king faiza 2 sudu
halia tua 1"
bawang putih 2 ulas
bawang merah 3 ulas
daun kari secukup rasa
rempah ketumbar/jintan kasar/ jintan manis/lada hitam (yang digoreng kering dan dikisar) 2 sudu
kicap cair 2 sudu besar
kicap pekat 3 sudu besar
bunga lawang/ bunga cengkih/buah pelaga / kulit kayu manis secukup rasa
bawang besar di potong dadu
cili hijau untuk hiasan
Air panas (sekiranya diperlukan)
Cara-caranya
Sperti biasa rempah, kicap dan daging disatukan
hirisan bawang merah dan putih serta halia dan bahan kering ditumis sehingga naik baunya.
Masukkan perapan daging dan masak!
saya tak guna serai sebab...TERLUPA! hahahaha
oh ya, minyak sayuran kena ada tau sebab nak menumis! lupa pulak nak tulis kat atas...
sebab nak edit blog guna tab ni tak lah begitu convinient walaupun dah di upgrade firmwarenya..
bukan malas ...tapi leceh..!

I.T'S M.E


Kalau anda tak de perasaan bila dengar lagu ni....
tak tau la....mungkin anda bukan sentimental macam saya!
hahaha....
it's me

kena click kat link diatas tau...baru anda tau lagu ni best ke tak best...
nak upload youtube tak pandai lah pulak

suka menonton drama Korea? saya suka! anda?

Wednesday, October 24, 2012

W.H.Y.?


Bila anak malas membaca, ibu kena 'take over'...




Bestkan...sebenarnya ilmu berada dimana-mana...
antara nak dan tak nak aje...

Sunday, October 21, 2012

cHOC MUFFIN.. atau CHOC MOIST..


Malam ni atau lebih tepat sekarang (2:11 am 211012) eh! Cantekkan tarikh tu! Saya masih lagi sibuk membakar choc muffin, setelah sepetang menghabiskan masa shopping hadiah perkahwinan rakan sekerja saya.
Akibat silap campuran (gara2 air terlebih dimana sukatannya sama dengan minyak) rasanya seakan-akan choc moist pulak!
Ok, saya jenis malas nak menyukat okeh...tiada kesabaran disitu.
Jadi saya beli campuran muffin sedia ada di......
Yen Bakery Supplies di Taman Lembah Maju, Pandan Indah.
Untuk 1kg tepung campuran muffin saya cuma perlu campurkan:-
360 gram telur (lebih kurang 5 biji telur saiz A)
340 gram minyak sayuran
200 gram air
tapi hebatnya saya ni, berat air dengan berat minyak sama da....
Hasilnya muffin jadi begitu lembut... macam choc moist cake...
masa panas begitu tinngi naiknya, bila dah sejuk.... mendatar aje... hahahaha
Apa resepi saya buat ni ha... yang paling senang pun tak boleh nak ikut.
Dah jadi macam cup cakelah pulak gayanya...
Nak tengok gambar? Kejap ye saya upload...


Nampak tak Sebelah kiri tu dah turun dan yang kanan tu baru nak mula.
Apa pun saya rasa saya kena cari cream frosting recipe untuk cover flat surface yang melanda muffin  saya ini..
Oh ya, semua ini sempena hari sambutan ulangtahun kelahiran anak sepupu saya yang berumur satu tahun...!! Errr actually her birthday as just same as my son's birthday! same goes to her nanny whom my aunty is!! Yeay!!! Tripple joy!!
Farhanz akan sambut ala kadar lah... sebab tumpang sekaki! hik hik hik...so tangan nak datang berlenggang... bawaklah apa yang patut....

Selamat Berhujung minggu semua!!! 

Saturday, October 20, 2012

NO..BAKE..LEMON..CHEESE..CAKE~Anyone?


Walla, disebabkan saya tak boleh tidur malam tadi walapun mata layu tak terkata... saya paksa diri untuk mengadun.... Cheese Cake!!!! Yeay!!
Dulu tak pandai buat, tahu makan tapi jarang beli... sebab bagi saya...MAHAL!!!
Sekarang dah pandai sikit dan mampu untuk buat...sebab ianya..... 
TAK PERLU dibakar!!!! yeay!! sekali lagi.
Untuk birthday Farhanz yang lepas, saya bakar sebab nak tengok hasilnya bagaimana...
Not bad! cheh! perasan...!!!
Kali ini rindu pulak dengan suckling lemon taste... hhuuurrrmmm yummy....
Nak tengok cara saya membuatnya...?
Boleh...apa salahnya
Pertama, saya base pada resepi Marta Steward
Kedua saya berpandukan pada 'Sweet Old-fashioned Favourites' cook book keluaran Australia yang saya pinjam (bertahun2 dan tak reti nak pulangkan balik) dari kakak saya.
European (UK especially) dan Aussie memang terminal dengan no bake cheese cake sebab ianya klasik!
Okay, berhenti mengarut dan mari mulakan kerja....

Bahan-bahanya...

Crust
250 grams digestive biscuit  - dikisar dlm food processor atau dihancurkan
(saya guna biskut oat meal yang dibeli dalam balang besar disebuah kedai dihadapan Maybank Seremban...hahahhaha)

125 grams unsalted butter  - cairkan tau...
(saya hentam salted tatura butter!!)


Filling
500 gm Cream Cheese - dilembutkan 
(Philadelphia pilihan saya)

400 gram sweetened condensed milk 
(apa2 brand pun boleh)

1/3 cup lemon juice 
(pure lemon tau, sbb kat M'sia ni ada ke jual dalam botol?)

2 teaspoon lemon grated lemon zest 
(parut tau)

1/2 table spoon gelatin 
(halal punya tau - ini adalah optional)

20cm springform tin atau 23cm pie plate
(saya guna 23cm pie kepunyaan mak saya - maaf mak, kakak baru jumpa dalam cabinet dapur semalam. Ada 2 tau..)

Cara-caranya

Biskut yang dikisar disatukan didengan butter yang telah dicairkan
Crumbs itu akan kelihatan soggy sedikit... 
Adunan tadi dimasukkan ke dalam pie plate 
ratakan dan tinggikan sekitar 2cm disekelilingnya (jika menggunakan springform)
tekan dengan tangan atau flat bottom glass
Simpan didalam fridge dan sejukkan atleast 15 minit.


Sekarang kita buat filling pula!!!

Jus lemon disatukan dengan gelatin (dipanaskan ye... supaya gelatin itu cair)
Cream cheese disatukan dengan susu pekat didalam mixer 
kacau sehingga lembut 
kemudian masukkan lemon jus serta lemon zest
kacau lagi... sehingga likat...




Adunan tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan biskut tadi...
ratakan bahagian atasnya dan sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam..
Kalau overnite lagi bagus... :-)




Kalau tak nak gelatin pun boleh, tapi sebab memandangkan cuaca negara kita ni tak sesejuk mana, tak sempat 1/2 jam... cheese cake tu akan lembut balik.
No bake cheesecake ni memang lembut, jangan salah faham ye... 
yang dijual dikedai tu kebanyakannya bake cheesecake kemudian di'chill 'kan melainkan stated 'no bake cheesecake'
Rasanya tersangat creamy.
Kandungan condense milk tu boleh dikurangkan/ ditambahkan..

Selamat Mencuba!! 

R.I.P Eric Khoo


Anda tahukan yang saya pernah bekerja di Starbucks Malaysia sebelum ,, ni? Entry pasal kerjaya baru yang menyeronokkan pernah saya blogkan...kalau mahu 'flash back' sila klik disini.
Team Starbucks lain dari tempat-tempat yang saya pernah bekerja sebelum ini...even tempat yang saya bkerja sekarang (no harm ya MBB). Kami dilayan sebagai 'partners' not 'workers'.
Coffee testing, practical training as barista (a must), semuanya menyeronokkan!
Dan yang paling seronok (salah satunya lah) saya dapat parking free dan bekerja di Times Square! 
Hari ini saya terkejut dan sedih, setelah mendapat perkhabaran menyedihkan dari salah seorang partners. Eric Khoo telah meninggalkan kami! 
Boss yang sangat baik, full if thoughts, walking dictionary etc...
Hello...dia tak sombong okay...
Saya pasti ramai yang akan merinduinya...
Sebagai ex-partner yang tak beberapa bulan pun, walau seketika bekerja dibawah satu bumbung, saya turut merasakan kehilanganya.
Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ah... bahasa saya pun tunggang langgang... sebab memang tidak mampu nak fikir dan mengolahnya menjadi ayat yang meninggalkan seribu makna!

Wednesday, October 17, 2012

J.I.R.A.N


Hari ini anak saya terperangkap didalam lift. Katanya sewaktu pulang dari sekolah tengahari tadi. Dulu pun pernah terperangkap juga, dengan kakak sepupunya (Kak Dirah) dan dia menangis beria-ria... dengan ayahnya ada juga, tapi masa tu ramai-ramai. Kali ini dia seorang... tak menangis tapi rileks...sambil makan aiskrim! Hahaha... Penyelamatnya...dua anak muda (student KYPTM) yang tinggal betul-betul di aras bawah rumah saya.  
TERIMA KASIH WAHAI ANAK MUDA

Monday, October 15, 2012

M.I.M.P.I


Malam tadi saya bermimpi, berdiri mengadap cermin...
diri hitam dan pendek, berambut kerinting serta kulit menggerutu. Badan gemuk tidak menarik.
Pagi ini saya berfikir seketika, bermuhasabah diri. Mungkin DIA ma saya sedari sesuatu.
..mimpi yang dialami sebagai suatu peringatan buat diri saya...
1) Yang hitam dan buruk itu adalah dalaman saya
2) Yang hodoh itu adalah perangai saya
Saya mesti BERUBAH!
Saya tak sedar selama ini... syukur Alhamdulillah...
peringatan diberi dalam pelbagai bentuk, saya harap sangat saya belum terlambat, masih belum terlewat...
InsyaAllah...

Sunday, October 14, 2012

T.A.K P.A.N.D.A.I T.A.P.I N.A.K C.U.B.A J.U.G.A


Nak buat ayam golek.... tapi tengoklah apa dah jadi!
Terkangkang ayam tu dibuatnya...
Ikat dik, ikat... supaya kepak dan pehanya tak terbang dan berlari...!!!
Habis stuffed vegie keluar menyelamatkan diri hahahaha... 
tak mengapa, lain kali cuba lagi, ok.

Hasilnya boleh dibanggakan... macam kat KRR...
Bahan-bahannya simple aje...
1) Serbuk lada hitam (Lada hitam biji yang digoreng kering sebelum dikisar halus, boleh buat banyak2 dan simpan. Rasanya sedap dibandingkan dengan lada hitam dikisar tanpa digoreng)
2) Serbuk lada sulah atau lada putih. Sama juga seperti diatas... goreng kering dulu tau.
3) Halia dan bawang putih (ditumbuk) agak2lah kan banyak mana
4) Madu asli..
5) Kicap Cair

Lumurkan bahan2 diatas dan perapkan dalam 1-2 jam.
Bakar cara Rotisserie (golek golek gitu) tapi jangan buat macam apa yang saya buat...nanti jahanam ayam anda! hahahaha... 
Ikat dengan tali macam Jamie Oliver buat tu tau....barulah ayam tu tak mengepak.

Pre-heat oven - 190 celcius
Bakar selama 60 minit atau sampai masak..
Oh ya, saya pre-heat oven 210 celcius,
bakar selama 15 minit dan lower down the temperature to 190..
bakar lagi dalam 60 minit.
Kiranya dalam 1 1/4 jam lah kan..

That's it!

Ok tak... tak hanguskan...
Enak dimakan bersama nasi goreng cina dan salad rangup 

K.O.R.B.A.N 2012


Alhamdulillah, tahun ni insyaAllah kami sekeluarga akan menyertai
 korban Aidil Adha anjuran PKIMB (Maybank). Buat saudara-saudari diluar sana yang berminat...dibawah ini disediakan butirannya:-

Bayaran: RM200/ 1 bahagian lembu

Tempat:
Madrasah AD-DINNIAH AR-RAHMAH, Kg Batdey Kraom, Kompong Cham, Kemboja

Akaun sumbangan:
5640 1612 9299 PKIMB Program Akaun

Emailkan:
Nama anda
No Telefon anda
Penama bahagian korban

kepada:
mohdjoharii@maybank.com.my
(En. Mohd Johari Ismail)

Sumbangan hendaklah dibuat sebelum 20hb Oktober ini....

gambar hiasan aje tau


Tuesday, October 9, 2012

C.E.L.E.B.R.A.T.I.O.N!!!


Saya tak pandai memasak, tapi saya cuba jugak demi keluarga. Lagipun kalau asyik nak sambut kat luar memang parahlah buat keluarga ekonomi macam kami ni...
kalau sekali sekala tu oklah kan..


Jadi saya buat begini...


dan kemudian...dia jadi begini

lepas tu...
tada!!!
Sedia untuk dimakan!!

sebenarnya apa yang dia atas
khas buat....
sambutan hari lahir yang serba sederhana
anak tunggal saya yang selalu buat saya semput!!
terjerit2 saya nak suruh dia belajar...
susah nar nak concentrate bila buat sesuatu perkara...
ada aje lencongannya...
suruh masuk belajar...ke dapur dia mencari kudap-kudap..
manalah mak dia tak semput...
tapi....
ada sesuatu yang dicita-citakannya dari kecil...
dia nak...
Fly the Emirates!!
yeay!! 
yang itu ibu sangggggaaaaatttt setuju!!
LIKE LIKE LIKE!!

Cuma...
Anak saya ni kenalah rajin belajar...
Jangan cari alasan aje..
Sebab hidup yang penuh dengan alasan...
takkan membawa kita kemana-mana!
Oleh itu, wahai anakku...
belajarlah demi menggapai
CITA-CITA mu...
Pastikan cerita-ceritimu untuk membawa
Ayah dan Ibu terbang bersamamu
menjadi...
KENYATAAN...
InsyaAllah....
Ammiiinnnn...

Oh ya, model Kapal Penumpang Emirates Airbus A380 ni...
saya beli selepas...
meredah ke Petaling Street...petang tadi..
Disebabkan saya lewat sampai ke KL dari Seremban,
saya putuskan untuk terus mencari hadiah buat anak tunggal saya ni...
Memang dia excited bila dapat hadiah tadi sebab dia tak expect kami akan bagi dia hadiah...
Itu aje yang ibu mampu Paán...
Nak beli 1:1 punya saiz, memang Ayah dan Ibu..
tersangatlah tidak mampu....
hahahaha
Ok dah, pi belajar dan tidur lepas solat...
jangan dok mengadap mainan kereta control (hadiah mummy kak Nadhirah)..
Lepas peksa boleh sambung main nar...

9.10




Selamat ulang tahun kelahiran anakku!
Moga jadi yang soleh dan terdidik... 

Mungkin ibu tidak mampu,
kau kejarlah cita-citamu...
seperti mana yang kau mahu....


Monday, October 8, 2012

M.E.N.A.N.T.I D.E.T.I.K


Menanti detik.....

tetapi si dia telah pun tidur...
tak pe, InsyaAllah pagi -pagi nanti boleh Wish....

Saturday, October 6, 2012

B.A.T.A.N.G P.I.N.A.N.G


Daging ini saya beli di pasar Pudu. Si penjual kaya ianya si batang pinang. 
Diperap ringkas seketika dan dipanggang diatas pemanggang ajaib katanya....
dan....hasilnya....

keroje ohpis melambak...tapi merapu raban lah pulak malam nih...



H.O.M.E M.A.D.E


Hari ni saya buat sesuatu yang saaangat saya suka....fish ball!
Tak pernah buat sendiri...tau makan aje...teringin pulak nak cuba sendiri..renyah ke tak renyah hendak membuatnya. Saya ambil resepi ni dari Food4tots

Mudah aje...cuma leceh sikit.
Dah pandai buat,apa lagi...kita masak  fish ball soup!


They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez