Saturday, December 31, 2011

K.I.S.A.H. B.U.D.A.K 'U'


Saya jumpa blog ni, amat menarik sekali! Syed namanya...sesuatu yang kita tidak pernah terfikir dan bertanya...
silalah, ilmu yang patut kita kongsi bersama!

Friday, December 30, 2011

M.O.R.R.I.S M.I.N.O.R d.a.l.a.m. k.e.n.a.n.g.an....



Nak citer secara ringkas,tak nak citer panjang macam novel sebab nanti ayor mata menitik smear pulak page blog ni.





- end 70s - wanchu pakchu mak pah kak intan kak nani boy sherin - mak - sharil- kg pandan dalam - lorong b4 - ina ijan - masak lemak - rumah 2 bilik - etc etc...

- early 80s - dida - lorong d2 - tadika perpaduan - umah mak long - buaian - kebun pisang berhantu - nayan - popia goreng pedas cik nora - air botol nenek depan rumah - ais krim payung - abang spek mata - bunga raya - alleycats - hingga akhir nanti - bubur kacang raya puasa - sudu tembaga - anjing kejar - yemi samsul - taman nirwana - nanges - etc etc...

- 80s - ampang - jalan pinang - srk kuala ampang - taman ehsan kepong - lorong e4/19 - padang mainan - cuti sekolah - pasar malam - katil double decker - ampang - jalan jati - MORRIS MINOR - ponteng sekolah - bbgs - etc etc...

Those memories coming after me.....

27-12-2011. -Mohd Yahaya Idris pulang ke rahmatullah, pakcik yang membesarkan saya dan adik dengan Morris Minor nya berulang alik dari kepong ke ampang membantu kami sekeluarga. Sedih, memang sedih tapi saya tidak mampu mengalirkan air mata...hanya doa dipanjatkan untuk mengiringinya ke surga...

1944 - 2011

Al fatihah...

Y Morris Minor? Sebab ianya terlalu berjasa!!!

Monday, December 26, 2011

M.A.S.A.K - M.A.S.A.K


Lama juga ya tak update pasal masak memasak ni ye.
Bila ke pasar tu macam-macam hendak dibeli tanpa sedar freezer cuma sebesar anak kera! Hahaha.... cukup-cukup untik stok seminggu....
Tengok ayam teingat anak yang baru lepas berpantang atas alasan BERKHATAN!
Jadi.... Roasted Chicken in da oven lah! ;




B.H.A.J.U


Agak-agak dalam 2 tawon lagi....
Saya boleh pinjam baju anak saya kut...
Sebab sekarang ni pun dia dah start sarung t.shirt kegemaran saya ;-)
Macam mana?

Monday, December 19, 2011

T.R.A.I.N.I.N.G



Pegi belajaq! Nanti orang tanya pasai loan, accounts dan hang tebai merapu!
Hahaha... Pelajaran yang amat berguna okeh! Sapa yang apply housing loan, credit card, saving account bagai ....mai kat cheq na... cheq habaq mai!
Pandai dah sikit-sikit... ;-)

Sunday, December 18, 2011

F.I.K.S.Y.E.N 302 RAM




Tak dapat jumpa orangnya, signature pun jadilah!
Terima kasih kawan-kawan yang sudi tolong beli dan dapat tanda tangan mahal ni!


Saturday, December 17, 2011

P.U.TU. M.A.Y.A.M



Dulu kalau nak makan putu mayam kena tunggu ane lalu depan rumah dengan motor serta hon angin yang sengaja dibunyikan mendayu-dayu.
Sangatlah sedap bila dimakan beralaskan daun pisang lengkap dengan kelapa parut dan gula melaka timbang kati sebagai perencah utama.

Tapi sekarang, kalau tekak terasa teingin, kenalah ke pasar malam terdekat. Itupun kalau ada. Setakat ini pasar malam Taman Maluri tidak pernah menghampakan. Cuma alas daun pisang digantikan dengan lapisan plastik lutsinar dan gula merahkan digantikan dengan gula perang... aromanya hilang sama sekali! :-( .

Apa-apapun, terubat juga hati walaupun tidak seberapa rasanya...

Wednesday, December 14, 2011

late entry: Happy!!


Mode: HAPPY!!

sebab.....





Dan.....



Farhanz berjaya menempatkan diri ke kelas pertama untuk tahun 4 nanti. Bermakna, saingan akan menjadi lebih sengit dan usaha kena double. Moga Farhanz bersedia untuk berjaya!

Plan untuk mengkhatankan Farhanz tercapai! Dalam keadaan berpantang ni memang manjanya terlebih dari biasa... ;-) hehehe. Apa nak buat.. Anak seorang itulah.

Selesai sudah untuk tahun 2011.... Alhamdulillah..

Wednesday, November 2, 2011

I.D.U.L. ADHA



Catatan: 02/11/11

Semalam 01/11/11 adalah tarikh yang agak unik mengikut kalender masihi, ramai yang kata kalau buat tarikh nikah ke, bertunang ke, beranak ke.... mesti cantikkan.
Memori gitu.
Tapi... tarikh tu takkan sama dengan tarikh 10 Zulhijjah nanti.... tarikh penting untuk umat Islam seluruh dunia... Idul Adha!

Sunday, October 23, 2011

S.P.E.E.D.Y R.E.C.O.V.E.RY





Catatan : 23/10/2011



Beginilah keaadan Tabu sejak dikembirikan. Cuak dan risau bila Tabu langsung taknak jamah makanan selepas pulang dari spca. Vets suruh kurung dia for a week, tapi tak sampai hati nak buat camtu. Lagipun kami tinggal di apartment so masalah pasir masir ni kurang sangatlah. Tabu pun jenis bukan yang suka merayau.


Rasa sangat lega bila pagi Ahad, Tabu mula makan tapi tido lebih lama... Kesan ubat, kuat lagi kut. Mula bersikap macam biasa. Tengoklah, terbuntang terus malam ni ;-)


Get well soon my dear ;-)



Saturday, October 22, 2011

K.E.M.B.I.R.I



Catatan: 22-10-2011

Semoga Tabu selamat menjalani pembedahan sulungnya. Ah! Hati tengah risau ni! Lepas ni Tabu mesti sakit dan tak boleh banyak bergerak... :'(

Tuesday, October 18, 2011

U.P.D.A.T.E.S A.N.A.K.K.U



Catatan: 18-10-2011

Nampak gayanya bengkak ditangan belum pulih lagi, dan langsung tidak menunjukan peningkatan untuk surut. X-Ray perlu dilakukan segera! Sabar ye Farhanz, petang esok kita ke klinik ye....

Monday, October 17, 2011

A.N.A.K.K.U!



Gambar ini diambil selepas bandage berperisa halia dibuka.. Surut sikitlah bengkaknya


Catatan: 17-10-2011

'Makcik! Dah terpatah dah tangan Fa'an!'
Itulah yang diceritakan tadi sebaik sahaja aku sampai ke rumah. Melihatkan tangannya berbalut sambil muka cemik ala-ala air mata hampir gugur, aku terus mendapatkannya. Apa lagi terus hujan lebat mencurah-curahlah. aku pulak jenis tak boleh tengok anak sakit... walaupun aku jenis yang garang dan bebelanku high note, tapi bila bab cenggini terus aku lemah. Yelah... anak pun itulah seorang. Dialah jantung, racun, penawar... ishhh! Segalanyalah!
Asalnya dia adalah mangsa 'tackle' oleh hamba Allah yang berniat nak tackle kawannya yang lain tapi tersalah orang. Farhanz jatuh lalu tangan kirinya menahan dinding(Mungkin hendak mengelak dari tersembam atau tercium dinding yang mungkin akan melibatkan kepatahan gigi kekal). Syukurlah tangan kanannya masih boleh diguna pakai untuk menjawap soalan peperiksaan esok. Kalau tidak... tak taulah apa nak jadi. Mau aku serang sekolah esok! Hehehe.. gertak aje tu.

Dulu aku pun pernah kena terkehel tangan, orang bijak.... Turun tangga hostel dengan berstoking! Bijak.. seminggu. Sudahlah tangan size ala ala kaki ayam kampung. Kena kutuk lagi hahahaha!
La ni Farhanz tidur bersama dengan kami. Kesian tengok... Takpelah sekali sekala sakit yek.
Insyallah, sakit yang melanda tu tidak akan mempengaruhi emosi Farhanz esok untuk menghadapi peperiksaan.
Amin....

Thursday, October 13, 2011

U.J.I.A.N A.L.L.A.H



Catatan: 13-10-2011

Ada manusia yang bijak mengawal perasaan. Perasaan marah, kecewa, takut dan sebagainya. Bila sesuatu ujian Tuhan datang menduga yang memerlukan kekuatan dan ketahanan mental, pasti ada yang berjaya menempuhnya tidak kurang juga yang kecewa merana dan mempersoalkan kenapa dia! Tidak perlu tidak aku menidakkannya, pernah di uji sedemikian rupa. Alhamdulillah aku berjaya melaluinya walaupun sekali sekala trauma datang melanda, hati menangis secara tiba-tiba bila menyaksikan ada insan lain yang melalui pengalaman serupa.
Doa dan harapan dititip buat Kak Halimah Ahad yang bakal bertarung nyawa pada hari esok, Jumaat 14-10-2011 demi sebuah kehidupan.
Moga Allah memperkenankan doa2ku dan rakan2 sekalian semoga Kak Halimah berjaya mengharunginya.
Ya Allah, engkaulah yang memberikan penyakit dan engkau jualah yang menyembuhkannya.
Insyallah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, October 12, 2011

M.A.K.I.N D.E.K.A.T



Catatan: 12-10-2011

Dalam perjalanan pulang dari kerja selepas Maghreb tadi, mata menangkap pemandangan pembinaan jejantas yang menghubungkan Wisma Cosway dan gedung terkemuka Pavillion. Time lunch tadi mata tertegun pula dengan kecanggihan bangunan pencakar langit Menara Bank Islam di Jalan Pinang. Wah.... zaman aku kerja di wisma UOA dulu takde semua ni!
Makin maju negara kita ni dan dunia juga semakin canggih segalanyah dan errr makin dekatlah kita dengan...KIAMAT..

Tuesday, October 11, 2011

M.A.L.U! M.A.L.U! M.A.L.U!



Catatan: 11-10-2011



Apalah masalah sangat dengan perut ni sejak dua tiga menjak nih... makin menjadi-jadi!
Ada ke patut dia berbunyi waktu tengah meeting... bukan sekali... berkali-kali! Aduh... Malu makcik! Hahahah.. sowi ye pada sesiapa yang mendengarnya... Rasanya nak kena beli charcoal lah besok. Tak boleh jadi nih, sebelum aku mendapat malu.. baik aku buat sesuatu... sementara ia tidak melarat dsn masalah jadi semakin berat..
Hehehehe...

Monday, October 10, 2011

D.O.A


Assalamualaikum,

Berita yang amat mengejutkan diterima pagi tadi. Salah seorang rakan sekerja akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini (14 Oktober 2011) demi membuang tumor yang dikatakan sebesar sebiji buah epal dibahagian kepalanya. Aku terkedu, tetapi beliau nampak ceria dan tersenyum sambil bercerita.
Ya Allah, sungguh pandai dia menyembunyikan rasa duka yang bersarang didada! Tidak terbayangkan bagaimana perasaanku jika aku berada ditempatnya!
Rakan-rakanku diluar sana, marilah kita sama-sama berdoa agar beliau selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sediakala....
Amin...

Sunday, October 9, 2011





Catatan: 09102011, Ahad

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-sembilan Khairul Farhanz!
Doa ayah dan ibu senantiasa mengiringi perjalanan hidupmu!
Jangan cepat mengalah demi sebuah kejayaan! Moga dunia seiringan dengan akhiratmu.
Insyallah, apa yang dicita-citakan akan tercapai jua suatu masa nanti.. :-)

Friday, October 7, 2011

A.Y.U.H R.E.N.G.G.A.N.G



Ini baru dikatakan acara meluruskan badan... :-)
Stretch your body my dear.....
Arrrggghhh rindunya pada si Tott, Tuteh dan Chukk.... Hilang tanpa jejak! :-(
Moga suatu ketika nanti akan mucul didepan pintu meleraikan rindu dikalbu...

Thursday, October 6, 2011

F.A.R.E.W.E.L.L





Catatan: 06 10 2011

Selamat bersara buat En. Mohammad Ahmad. Jasamu dikenang, memori bersamamu abadi diingatan :-)

Wednesday, October 5, 2011

A.U.U.M.M.M.M.....



I had a mission and vision! For the next 3 years I must achieve it! Surprise me actually to be part of the family of tiger while i am just a rabbit! :-)
It is not easy actually to adapt myself to new this new corporate environment. From jeans to baju kurung! Hahaha. ... And more ladylike! but i must give myself a try. Why not!
People whom i called 'client' before now become my boss and partners!(in Starbucks term) wink ;-)
Oh! This is the reality and i have to face it!
So, please give me sometimes to prove it!

Lets pray and make it happen! Ameen...

Tuesday, October 4, 2011

G.O.L!


Hari ni anak saya cakap dia jaringkan gol masa bersukan tadi. Dah agak dah, mesti dia jatuh depan gol macam nangka busuk. ;-)
Kira oklah 'si debab' jaringkan gol... Atleast dia mula membina self esteem in his on way ;-)
Well done Farhanz!

Monday, October 3, 2011

P.E.N.A.T.



Kalaulah sekarang dapat dapat bantal dan tilam, alangkah seronoknya!!!
Rasa nak pengsankan diri je sekarang... zzzzzz. Nasib baik ada peneman yang amat berguna!

Saya amat suka dan teruja mengunakannya ;-)

Sunday, October 2, 2011

M.I.N.G.G.U S.E.D.I.H?


Sedangkan aku yang kehilangan kucing terasa begitu sedih, inikan pula sahabatku yang terpaksa melepaskan suami kesayangannya pergi mengadap Ilahi malam tadi. Oktober 2011 sungguh menyayat hati.
Takziah buat Zira Johari sekeluarga.

Catatan : 02 Oktober 2011.
Tuteh, semoga selamat menemui jalan pulang :

Thursday, June 16, 2011

A.G.A.I.N


Something to let go will happen again :(
I am sad but happy at the same time.... mix feelings juggle around
What ever will be ... will be ...

Wednesday, June 8, 2011

T.O.T.T. DAH BALIK!!!


Okay, ni nak citer ni... TOtt yang dulunya hilang selama lebih 60hari kembali menjadi keluarga kami tepat pada hari lahir Mak 24 Mei yang lalu! Bukan TOtt aje, tapi sekali dengan 2 ekor baby kucin' yang dilahirkannya sehari selepas lepak dirumah. TAbu dan TUteh! jantan tina-nya belum tahu lagi... kita tunggu lagi seminggu dua ye.

Sunday, March 27, 2011

P.A.N.A.S.p.A.N.A.S


Sudah 2 hari panas menjadi-jadi. Semalam (26-3-2011) kami ke kenduri x-colleague di Tasik Tambahan Ampang. Memang membahang tapi kecantikan dan keayuan serta seri pengantin menyejukkan mata yang memandang. Tahniah Iely & Elol!

Malam tadi tak boleh tidor.. rasanya kalau on aircond pun tak berbaloi, sudahnya terlelap lepas jam 3 pagi, dan hampir subuh tepat jam 6 alarm handphone pula berdering memandakan waktu untuk bersiap-siap untuk ke Putrajaya. Rasanya ada dalam sepuluh tahun tak ke JPN kut... even masa Farhanz lahir mykid tak wujud lagi. So bila mykad tak boleh detect data (akibat nak buka acc. personal mbb) buat sekali mykid untuk Farhanz. Mengong... mykid tak perlu gambar lah! Punyalah suruh dia bersiap dengan baju berkolar... hahaha... kena paksa pegi lak tu. (terpikirlak, kalau baby yg baru lahir kena angkut gakke ke JPN?)

Ha... sekarang, kepala dah mengong sekali lagi akibat tak cukup tido. Mana taknya, siap paksa diri habiskan novel Getaran Rindu hasil nukilan Kak Norzailina Nordin. Perrghh.. macam Menanti Kasih... hebat! Bila semua buku telah digodek, tiba masanya hendak mengulang baca coretan Anis Ayuni - Gemersik Kalbu yg pernah hilang dari genggamanku (pinjaman yg kekal hilang).. Ha buku ni memang valuable sama seperti yang lain2 cuma dia ada cerita tersendiri. Takkan ku lupa kenakalan dan kecekalan Pian demi mendapatkan Ana.

Erm, mana tau besok-besok tersinggah kedai buku di Sunway Pyramid (atas sbb nak 'melawa' site) besok akan melayang lagi beberapa keping note merah demi melayan tuntutan hati... hahahaha... tunggu... Hujan Pun Menari wahai Norhayati Berahim ku..

Thursday, March 3, 2011

A. S.T.O.R.Y. T.O. T.E.L.L


A QUICK STORY TO TELL.. (in short notes)
  • Number 3 is conquering me recently
  • 3 years ago, 3rd March 2008.. I've joined CDSB.
  • 1st March 2011.. I've joined Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd.
What an impromptu opportunity! I'd grabbed it.. and don't want to loose it!
  • 3rd day become partners, it's lucky me to meet with Mr Badger Godwin, Vice President of Store Development and Global Real Estate & Facilities which based in Seattle!
More to come and more to tell...






Wednesday, February 16, 2011

S.P.R.I.N.G C.L.E.A.N


Sudah hampir setahun blog ini ditinggalkan 'unattended'. Kemalasan dan kesibukan yang melampau... hehehe. Apapun, azam kali ini akan cuba update seberapa banyak yang boleh.
Baru-baru ini 12 Feb '11 yang lalu, pertemuan kali pertama dengan novelis pujaan hati termakbul jua.. MPH Midvalley tempatnya. kalau last year, March jumpa Pn Norhayati Berahim.. (Oh! Cinta Pertama tetap dihati...) kali ini dengan Pn Norzailina Nordin pula.
Novel yang dibaca... gosh! jalan cerita tersangat menarik giler.. sampai boleh buat permintaan supaya disambung ceritanya. Betapa asyik dan indahnya jalan cerita... Karmila, Nik Fazwan, Wazif dan Mustaza..
InsyaAllah, kalau berkesempatan nak jumpa dengan novelis
Gemersik Kalbu sangat mengujakan, geram dengan sifat nakal Pian tapi disebalik itu tercuit hati dengan watak bersahajanya.
Kasih Yang Suci.. sungguh tidak sabar untuk bertemunya dilayar perak...
Kalau nak diikutkan mahu aje dibariskan senarai novel-novel pilihan hati... terlalu banyak sebenarnya!
Karya-karya mereka inilah yang membuatkan masa lapang yang terhad terisi walaupun kadangkala terpaksa mencuri waktu untuk mendalaminya.
Pernah beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi sebahagian dari mereka, tapi seringkali gagal kerana kekurangan ilmu didada... tapi, dengan adanya tips2 yang sangat berguna dari Pn Norzailina tempoh hari... pasti aku akan mencuba lagi!
InsyaAllah, berikan aku waktu supaya dapatku hasilkan novel hasil nukilan sendiri walaupun hanya SATU!
(gambar akan diupload nanti)
Welcome back Shafahanz-Iman!!

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez