Sunday, October 23, 2011

S.P.E.E.D.Y R.E.C.O.V.E.RY





Catatan : 23/10/2011



Beginilah keaadan Tabu sejak dikembirikan. Cuak dan risau bila Tabu langsung taknak jamah makanan selepas pulang dari spca. Vets suruh kurung dia for a week, tapi tak sampai hati nak buat camtu. Lagipun kami tinggal di apartment so masalah pasir masir ni kurang sangatlah. Tabu pun jenis bukan yang suka merayau.


Rasa sangat lega bila pagi Ahad, Tabu mula makan tapi tido lebih lama... Kesan ubat, kuat lagi kut. Mula bersikap macam biasa. Tengoklah, terbuntang terus malam ni ;-)


Get well soon my dear ;-)



Saturday, October 22, 2011

K.E.M.B.I.R.I



Catatan: 22-10-2011

Semoga Tabu selamat menjalani pembedahan sulungnya. Ah! Hati tengah risau ni! Lepas ni Tabu mesti sakit dan tak boleh banyak bergerak... :'(

Tuesday, October 18, 2011

U.P.D.A.T.E.S A.N.A.K.K.U



Catatan: 18-10-2011

Nampak gayanya bengkak ditangan belum pulih lagi, dan langsung tidak menunjukan peningkatan untuk surut. X-Ray perlu dilakukan segera! Sabar ye Farhanz, petang esok kita ke klinik ye....

Monday, October 17, 2011

A.N.A.K.K.U!



Gambar ini diambil selepas bandage berperisa halia dibuka.. Surut sikitlah bengkaknya


Catatan: 17-10-2011

'Makcik! Dah terpatah dah tangan Fa'an!'
Itulah yang diceritakan tadi sebaik sahaja aku sampai ke rumah. Melihatkan tangannya berbalut sambil muka cemik ala-ala air mata hampir gugur, aku terus mendapatkannya. Apa lagi terus hujan lebat mencurah-curahlah. aku pulak jenis tak boleh tengok anak sakit... walaupun aku jenis yang garang dan bebelanku high note, tapi bila bab cenggini terus aku lemah. Yelah... anak pun itulah seorang. Dialah jantung, racun, penawar... ishhh! Segalanyalah!
Asalnya dia adalah mangsa 'tackle' oleh hamba Allah yang berniat nak tackle kawannya yang lain tapi tersalah orang. Farhanz jatuh lalu tangan kirinya menahan dinding(Mungkin hendak mengelak dari tersembam atau tercium dinding yang mungkin akan melibatkan kepatahan gigi kekal). Syukurlah tangan kanannya masih boleh diguna pakai untuk menjawap soalan peperiksaan esok. Kalau tidak... tak taulah apa nak jadi. Mau aku serang sekolah esok! Hehehe.. gertak aje tu.

Dulu aku pun pernah kena terkehel tangan, orang bijak.... Turun tangga hostel dengan berstoking! Bijak.. seminggu. Sudahlah tangan size ala ala kaki ayam kampung. Kena kutuk lagi hahahaha!
La ni Farhanz tidur bersama dengan kami. Kesian tengok... Takpelah sekali sekala sakit yek.
Insyallah, sakit yang melanda tu tidak akan mempengaruhi emosi Farhanz esok untuk menghadapi peperiksaan.
Amin....

Thursday, October 13, 2011

U.J.I.A.N A.L.L.A.H



Catatan: 13-10-2011

Ada manusia yang bijak mengawal perasaan. Perasaan marah, kecewa, takut dan sebagainya. Bila sesuatu ujian Tuhan datang menduga yang memerlukan kekuatan dan ketahanan mental, pasti ada yang berjaya menempuhnya tidak kurang juga yang kecewa merana dan mempersoalkan kenapa dia! Tidak perlu tidak aku menidakkannya, pernah di uji sedemikian rupa. Alhamdulillah aku berjaya melaluinya walaupun sekali sekala trauma datang melanda, hati menangis secara tiba-tiba bila menyaksikan ada insan lain yang melalui pengalaman serupa.
Doa dan harapan dititip buat Kak Halimah Ahad yang bakal bertarung nyawa pada hari esok, Jumaat 14-10-2011 demi sebuah kehidupan.
Moga Allah memperkenankan doa2ku dan rakan2 sekalian semoga Kak Halimah berjaya mengharunginya.
Ya Allah, engkaulah yang memberikan penyakit dan engkau jualah yang menyembuhkannya.
Insyallah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, October 12, 2011

M.A.K.I.N D.E.K.A.T



Catatan: 12-10-2011

Dalam perjalanan pulang dari kerja selepas Maghreb tadi, mata menangkap pemandangan pembinaan jejantas yang menghubungkan Wisma Cosway dan gedung terkemuka Pavillion. Time lunch tadi mata tertegun pula dengan kecanggihan bangunan pencakar langit Menara Bank Islam di Jalan Pinang. Wah.... zaman aku kerja di wisma UOA dulu takde semua ni!
Makin maju negara kita ni dan dunia juga semakin canggih segalanyah dan errr makin dekatlah kita dengan...KIAMAT..

Tuesday, October 11, 2011

M.A.L.U! M.A.L.U! M.A.L.U!



Catatan: 11-10-2011



Apalah masalah sangat dengan perut ni sejak dua tiga menjak nih... makin menjadi-jadi!
Ada ke patut dia berbunyi waktu tengah meeting... bukan sekali... berkali-kali! Aduh... Malu makcik! Hahahah.. sowi ye pada sesiapa yang mendengarnya... Rasanya nak kena beli charcoal lah besok. Tak boleh jadi nih, sebelum aku mendapat malu.. baik aku buat sesuatu... sementara ia tidak melarat dsn masalah jadi semakin berat..
Hehehehe...

Monday, October 10, 2011

D.O.A


Assalamualaikum,

Berita yang amat mengejutkan diterima pagi tadi. Salah seorang rakan sekerja akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini (14 Oktober 2011) demi membuang tumor yang dikatakan sebesar sebiji buah epal dibahagian kepalanya. Aku terkedu, tetapi beliau nampak ceria dan tersenyum sambil bercerita.
Ya Allah, sungguh pandai dia menyembunyikan rasa duka yang bersarang didada! Tidak terbayangkan bagaimana perasaanku jika aku berada ditempatnya!
Rakan-rakanku diluar sana, marilah kita sama-sama berdoa agar beliau selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sediakala....
Amin...

Sunday, October 9, 2011





Catatan: 09102011, Ahad

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-sembilan Khairul Farhanz!
Doa ayah dan ibu senantiasa mengiringi perjalanan hidupmu!
Jangan cepat mengalah demi sebuah kejayaan! Moga dunia seiringan dengan akhiratmu.
Insyallah, apa yang dicita-citakan akan tercapai jua suatu masa nanti.. :-)

Friday, October 7, 2011

A.Y.U.H R.E.N.G.G.A.N.G



Ini baru dikatakan acara meluruskan badan... :-)
Stretch your body my dear.....
Arrrggghhh rindunya pada si Tott, Tuteh dan Chukk.... Hilang tanpa jejak! :-(
Moga suatu ketika nanti akan mucul didepan pintu meleraikan rindu dikalbu...

Thursday, October 6, 2011

F.A.R.E.W.E.L.L





Catatan: 06 10 2011

Selamat bersara buat En. Mohammad Ahmad. Jasamu dikenang, memori bersamamu abadi diingatan :-)

Wednesday, October 5, 2011

A.U.U.M.M.M.M.....



I had a mission and vision! For the next 3 years I must achieve it! Surprise me actually to be part of the family of tiger while i am just a rabbit! :-)
It is not easy actually to adapt myself to new this new corporate environment. From jeans to baju kurung! Hahaha. ... And more ladylike! but i must give myself a try. Why not!
People whom i called 'client' before now become my boss and partners!(in Starbucks term) wink ;-)
Oh! This is the reality and i have to face it!
So, please give me sometimes to prove it!

Lets pray and make it happen! Ameen...

Tuesday, October 4, 2011

G.O.L!


Hari ni anak saya cakap dia jaringkan gol masa bersukan tadi. Dah agak dah, mesti dia jatuh depan gol macam nangka busuk. ;-)
Kira oklah 'si debab' jaringkan gol... Atleast dia mula membina self esteem in his on way ;-)
Well done Farhanz!

Monday, October 3, 2011

P.E.N.A.T.



Kalaulah sekarang dapat dapat bantal dan tilam, alangkah seronoknya!!!
Rasa nak pengsankan diri je sekarang... zzzzzz. Nasib baik ada peneman yang amat berguna!

Saya amat suka dan teruja mengunakannya ;-)

Sunday, October 2, 2011

M.I.N.G.G.U S.E.D.I.H?


Sedangkan aku yang kehilangan kucing terasa begitu sedih, inikan pula sahabatku yang terpaksa melepaskan suami kesayangannya pergi mengadap Ilahi malam tadi. Oktober 2011 sungguh menyayat hati.
Takziah buat Zira Johari sekeluarga.

Catatan : 02 Oktober 2011.
Tuteh, semoga selamat menemui jalan pulang :

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez