Monday, April 27, 2009

P.E.R.I.S.T.I.W.A B.U.K.I.T K.E.P.O.N.G


Semalam masa dok menggosok baju sempatla layan citer BUKIT KEPONG ..kat channel (tak ingat da..) Antara cerita/kisah benar yang tak jemu2 aku layan...
Kalau dulu masa kekecik, sampai nangis teresak2 nonton citer ni.. nak lagi saat2 dialog anak kecil... "ibu dan ayah dah takde".. dgn air mata meleleh2 berjuraian budak tu .. aku pun ikut sekali...

Muzik latar dia jangan citer la... sayu aje, tapi bila bab perut Allahyarham Rahim .... terburai tu yang paling ngeri.Sekarang, aku dah dewasa... kurang skit leleh2 ni.. cuma kekadang mata tu berair jugak. Controllah depan both Teddies..

Sambil dok menggosok tu aku terfikir, betapa bertuahnya kita yang hidup dizaman ini. Takde peperangan (maksud aku di Malaysia la), takde lagi hidup didlam ketakutan dari serangan pengganas. Cuma sekarang kita berhadapan dan berperang dengan diri sendiri sebenarnya, kita tidak boleh dan tidak mahu mengamalkan konsep "GIVE n TAKE' , kita tak boleh menerima teguran untuk berubah, kita hidup penuh dengan HASAD, kita tidak boleh menerima kejayaan seseorang...kita hanya tahu, kita sahaja yang betul..Apakah ini yang dikatakan MANUSIA...? Mungkin itulah kekuranganya makhluk bernama MANUSIA di muka bumi Allah ini.

Kalaulah kita hidup dengan beteraskan nilai2 murni yang sepatutnya (berdasarkan dan berteraskan ilmu agama (akhirat), peraturan duniawi, disiplin diri, kelembutan hati etc) InsyaALlah, kita akan hidup dlm keadaan yang selamat dan tenang.

Kalau dahulu manusia berperang menggunakan senjata untuk menakluk dunia, sekarang kuasa senjata itu sudah kurang kuatnya (walaupun ianya masih digunakan lagi hingga ke hari ini)kerana perang psikologi, minda dan ilmu boleh boleh mengusai sesuatu bangsa, mengeksploitasi malah meruntuhkan dan meranapkan sesuatu bangsa, budaya dan tamadun itu sendiri... AKu cakap ni bukannya apa, apa yang aku lihat di tv dua tiga hari kebelakangan ini menyimpulkan satu implikasi dalam diri aku sebenarnya yang membuatkan aku terfikir sejenak...

Malam Ahad - AF7 (nonton gak ni..tak taulah kenapa ) yang bertudung terkinja2, melompat2 di bawa sambil menyanyi bersama2 dengan peserta yg menyanyi dengan penuh penghayatan diatas pentas... (secara tidak langsung gadis2 ini sebenarnya berperang dengan diri sendiri yang penuh dengan konflik minda, akal yand tidak disedari)

Malam Isnin - Bukit Kepong, aku melihat generasi terdahulu (atuk moyang kita) rela berkorban jasad dan nyawa semata2 ingin melindungi negara yang tercinta.

Nampak tak perbezaannya, walaupun aku tak pandai nak elobrate pasal benda ni, cuma bagi aku both generasi memang berperang sebenarnya.. berperang dengan cara dan pendekatan yang berbeza.

Satu, berperang untuk membebaskan diri dari dijajah (al maklumla masa tu zaman british..) dan yang satu lagi berperang dengan diri sendiri (emosi dan ketetapan minda) yang tidak membawa apa-apa erti!!

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez