Sunday, October 28, 2012

K.A.M.B.I.N' I.T.A.M!!


Kambing Itam!

Resepi hentam sajalah labu.
Daging Kambing sekilo (RM 14 pasar Pudu)
serbuk lada hitam 1 sudu
rempah kari king faiza 2 sudu
halia tua 1"
bawang putih 2 ulas
bawang merah 3 ulas
daun kari secukup rasa
rempah ketumbar/jintan kasar/ jintan manis/lada hitam (yang digoreng kering dan dikisar) 2 sudu
kicap cair 2 sudu besar
kicap pekat 3 sudu besar
bunga lawang/ bunga cengkih/buah pelaga / kulit kayu manis secukup rasa
bawang besar di potong dadu
cili hijau untuk hiasan
Air panas (sekiranya diperlukan)
Cara-caranya
Sperti biasa rempah, kicap dan daging disatukan
hirisan bawang merah dan putih serta halia dan bahan kering ditumis sehingga naik baunya.
Masukkan perapan daging dan masak!
saya tak guna serai sebab...TERLUPA! hahahaha
oh ya, minyak sayuran kena ada tau sebab nak menumis! lupa pulak nak tulis kat atas...
sebab nak edit blog guna tab ni tak lah begitu convinient walaupun dah di upgrade firmwarenya..
bukan malas ...tapi leceh..!

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez