Monday, October 10, 2011

D.O.A


Assalamualaikum,

Berita yang amat mengejutkan diterima pagi tadi. Salah seorang rakan sekerja akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini (14 Oktober 2011) demi membuang tumor yang dikatakan sebesar sebiji buah epal dibahagian kepalanya. Aku terkedu, tetapi beliau nampak ceria dan tersenyum sambil bercerita.
Ya Allah, sungguh pandai dia menyembunyikan rasa duka yang bersarang didada! Tidak terbayangkan bagaimana perasaanku jika aku berada ditempatnya!
Rakan-rakanku diluar sana, marilah kita sama-sama berdoa agar beliau selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sediakala....
Amin...

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez