Thursday, October 13, 2011

U.J.I.A.N A.L.L.A.H



Catatan: 13-10-2011

Ada manusia yang bijak mengawal perasaan. Perasaan marah, kecewa, takut dan sebagainya. Bila sesuatu ujian Tuhan datang menduga yang memerlukan kekuatan dan ketahanan mental, pasti ada yang berjaya menempuhnya tidak kurang juga yang kecewa merana dan mempersoalkan kenapa dia! Tidak perlu tidak aku menidakkannya, pernah di uji sedemikian rupa. Alhamdulillah aku berjaya melaluinya walaupun sekali sekala trauma datang melanda, hati menangis secara tiba-tiba bila menyaksikan ada insan lain yang melalui pengalaman serupa.
Doa dan harapan dititip buat Kak Halimah Ahad yang bakal bertarung nyawa pada hari esok, Jumaat 14-10-2011 demi sebuah kehidupan.
Moga Allah memperkenankan doa2ku dan rakan2 sekalian semoga Kak Halimah berjaya mengharunginya.
Ya Allah, engkaulah yang memberikan penyakit dan engkau jualah yang menyembuhkannya.
Insyallah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez