Monday, October 17, 2011

A.N.A.K.K.U!



Gambar ini diambil selepas bandage berperisa halia dibuka.. Surut sikitlah bengkaknya


Catatan: 17-10-2011

'Makcik! Dah terpatah dah tangan Fa'an!'
Itulah yang diceritakan tadi sebaik sahaja aku sampai ke rumah. Melihatkan tangannya berbalut sambil muka cemik ala-ala air mata hampir gugur, aku terus mendapatkannya. Apa lagi terus hujan lebat mencurah-curahlah. aku pulak jenis tak boleh tengok anak sakit... walaupun aku jenis yang garang dan bebelanku high note, tapi bila bab cenggini terus aku lemah. Yelah... anak pun itulah seorang. Dialah jantung, racun, penawar... ishhh! Segalanyalah!
Asalnya dia adalah mangsa 'tackle' oleh hamba Allah yang berniat nak tackle kawannya yang lain tapi tersalah orang. Farhanz jatuh lalu tangan kirinya menahan dinding(Mungkin hendak mengelak dari tersembam atau tercium dinding yang mungkin akan melibatkan kepatahan gigi kekal). Syukurlah tangan kanannya masih boleh diguna pakai untuk menjawap soalan peperiksaan esok. Kalau tidak... tak taulah apa nak jadi. Mau aku serang sekolah esok! Hehehe.. gertak aje tu.

Dulu aku pun pernah kena terkehel tangan, orang bijak.... Turun tangga hostel dengan berstoking! Bijak.. seminggu. Sudahlah tangan size ala ala kaki ayam kampung. Kena kutuk lagi hahahaha!
La ni Farhanz tidur bersama dengan kami. Kesian tengok... Takpelah sekali sekala sakit yek.
Insyallah, sakit yang melanda tu tidak akan mempengaruhi emosi Farhanz esok untuk menghadapi peperiksaan.
Amin....

2 comments:

Anonymous said...

Siannya farhan..camne laa leh jadik camtue..ana pun ari tue auni lompat3 kt sofa then tersadung terantuk meja..bibir luka berdarah n bengkak..tue pun dah melalak tgk..kalau patah, lg laa kann..moga cpt sempuh yek abg farhan.. -anasaliza-

Unknown on October 23, 2011 at 11:50 PM said...

Alhamdulillah Ana. Back to normal, cuma kena monitor takut kalau ada sengal sengal tu maknanya kena check balik. Hope Ana and family sihat kat sana ;-)

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez