Sunday, April 6, 2008

My little todd...




Melihat dunia tanggal 9 Oktober '02.. pengarang jantung, buah hati, racun dan penawar. Segala-galanya dia.. Khairul Farhanz si nakal yang membuatkan Opahnya letih dan lelah.
Melayan kerenah cucunya yang cukup lincah mencipta masalah.
Pulang dari kerja, aku sudah menjangka pasti ada cerita yang bukan direkacipta mengenai anakku yang liat menyudahkan kerja sekolah.

Anakku... betapa ibumu ini terlalu menyayangimu, aku tidak mahu kau terlalu dilimpahi kemewahan harta benda dan kasih sayang yang keterlaluan sehingga membuatkan engkau alpa dan leka. Biarlah ketegasanku menjadi tunjang betapa aku mahu kau dewasa dengan corak didikanku dan ayahmu yang aku pasti engkau akan mengerti suatu hari nanti. Mengapa begitu... biarlah ianya rahsia dan menjadi tanda tanya...Namun kupasti kau akan mengerti suatu hari nanti..

Moga engkau memahami setiap sesuatu yang dilalui dalam kehidupan peribadi membawa erti, dalam setiap langkah dan hayunan kakimu mempunyai arah tuju ke suatu destinasi yang pasti...

kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez