Saturday, June 2, 2012

S.E.D.A.P.N.Y.A



Pernah minum air perahan buah mengkudu masak ranum yang disejukkan? Tidak dinafikan baunya amat menyucuk hidung, tetapi rasanya.....uuummmppphhh...sedap.

PETUA ORANG-ORANG TUA TENTANG KEGUNAAN BUAH MENGKUDUPENYAKIT DARAH TINGGI
Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

BETIS KERING BERSISIK DAN MEREKAH TUMIT KAKI
Walaupun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini, ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah tumit hilang.

MEREDAKAN BATUK
Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

PENYAKIT KUNING
Dua biji buah mengkudu yang telah masak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

DEMAM
Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.

MENGECUTKAN RAHIM
Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan ‘menaikkan’ rahim ibu selepas bersalin.

MELEMBUTKAN RAMBUT
Merawat Rambut Rontok. Selain mencegah kerontokan, Mengkudu juga dapat menghaluskan dan melembutkan tekstur rambut. Caranya, pilih mengkudu yang matang di pohon. Hancurkan atau blender secara kasar. Campurkan dengan kuning telur bebek. Aduk rata hingga menyerupai masker. Lumurkan ramuan ini pada rambut yang telah dikeramas. Biarkan selama 10 menit, lalu bilas sampai bersih.

RAWATAN KELEMUMUR
Melenyapkan Kelemumur. Ketokonazol dianggap sebagai suatu penemuan terbesar dalam penanggulangan ketombe, karena bekerja menghambat sintesa ergosterol, yaitu komponen yang penting untuk integritas membran sel jamur. Tapi sebagai salah satu tanaman obat yang berpotensi sebagai antiseptik, Mengkudu juga manjur untuk menghilangkan ketombe.

Caranya, 2-3 buah Mengkudu matang dilumatkan. Beri air, peras, airnya dipakai untuk keramas. Biarkan selama 5 menit, bilas dengan air. Gunakan sampo untuk menghilangkan baunya. Selamat mencuba!

nota kaki:- Sumber diperolehi dari internet (sebenarnya banyak lagi khasiat... tak larat nak cut and paste. Tapi percayalah... memang sangat berkhasiat.)

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez