Monday, July 27, 2009

FIRST TIME REPLY TAGGED BY OTHERS


1. when do you get your driving license?
Tahun 1997 lepas habis belajar.. Lesen L tahun 95.. da nak expired baru gelojoh amik lesen

2. your first car is
Iswara Medium Grey 1.3

3. what type is your car now?
Nissan

4. do you choose your plate number or was it given?
Pilih.. actually ada 2 fav no. 1) my son 2) tarikh nikah...

5. Colour?
Still remain Metallic Grey sbb warna tu je yg available. Ikutkan hati nak silver or gold.. gelojohkan.. tak reti sabar

6. reveal 3 most important things in your car?
smartag/ torchlight/ sound system...

7. have you ever got yourself into accident?
yup... orang langgar kita... kita langgar orang.. hehehehe.. tp minor lah, tak le serious banar

8. when is the due for your insurance & roadtax?
8th September yearly

9. do you plan to change your car?
Nope.. motto.. pakai sampai hancur..hehehehe

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
Alamak... follower kita sumer da kena kebas la... so...tinggal
Mimin n jija ajew..n for readers yg baca nih kay..


attached - gambar kurita kita..hihihi

ADA SATU CERITA


Baca petikan dibawah dengan gaya membaca cerpen ya...-

Betis kanan Farhanz mula menunjukkan tanda2 awal untuk pulih.. walaupun nanah-nanah kecil masih lagi kelihatan. Luka asalnya tidaklah seteruk mana, tetapi disebabkan dia memakai seluar panjang untuk ke sekolah dan kelas fardu ain. Aku terpaksa menampal lukanya dengan kepingan gauzhe bagi menghalang luka bersentuhan dengan fabrik seluar sekolah yang kasar itu. Hasilnya, luka semakin besar dan antiseptik dettol yang menyalut luka tidak memberi kesan apa-apa! Sabtu lepas, bibik menutup luka dengan plastik supaya air tidak terkena pada lukanya sewaktu mandi. Pada fikiranku pasti tampalan plastik itu dibuang selepas mandi, tapi telahanku tidak tepat. Dengan lalainya aku meninggalkan anakku dirumah emak setelah pulang dari kenduri aqiqah anak sepupuku disebabkan aku bertugas petang di Menara Telekom.

Ahad yang mendamaikan aku menjenguk anakku di rumah emak sementelah keluarga abang Udaku dengan isterinya yang sarat mengandung anak kedua bermalam disana. Aku tidak sempat bertemu dengan anak saudaraku, Siti Hajar yang dibenarkan pulang akibat penutupan sekolahnya buat sementara waktu akibat jangkitan virus H1N1 yang semakin berleluasa sekarang ini. Abang Ngah pulang awal ke Penang bagi mengejar waktu untuk menghantar anak sulungnya pulang ke asrama pula. Berbual dengan ahli keluarga memang menyeronokkan tambahan lagi dengan kehadiran si comel Lailatul yang tidak betah untuk duduk diam. Ada saja yang ingin dibuatnya, nasib baiklah Farhanz pandai melayan adik kecil walaupun dia tidak beradik.

Dalam seronok bercerita, aku meminta anakku menyelak seluar panjangnya untuk aku melihat keadaan lukanya. Makin parah, hati berkata-kata. Tanpa membuang masa kami tiga beranak ke poliklinik berdekatan dan malangnya doktor pakar kulit bercuti setiap hujung minggu. Mahu tidak, kami tiada pilihan. Mungkin doktor ganti juga sehebat pakarnya.

Hampir setengah jam menunggu, Farhanz dipanggil masuk. Pada mulanya ayahnya keberatan untuk menyertai kami, tetapi sebagai seorang ibu aku mahu kami bertiga berkongsi saat-saat yang agak menakutkan ini. Seorang doktor muda yang pertama kali bertemu bertanyakan keadaan anak kami. Bila kaki seluar diselak, terus doktor muda tersebut meminta aku membawa Farhanz ke ruang sebelah untuk rawatan lebih lanjut.

"Ada cuci luka?"
"Ada" balasku pendek.
"Antiseptik?"
"Dettol" ujarku. Sememangnya itulah yang ada didalam first aid dirumahku. Aku fikir itulah yang terbaik.
"Perlu cuci dengan kalium permangnat ke?" rujukku pada cairan berwarna ungu yang selalu digunakan suatu ketika dahulu.
"Tidak perlu, luka macam ini tidak boleh kena air selalu" balasnya sambil berjalan ke ruang khas disebelah biliknya.

"Adik baring ye... sengetkan badan" sambil meletakkan alas diantara tilam dan kaki. Farhanz kelihatan terpinga-pinga, inilah kali pertama dia menerima rawatan sedemikian. Aku membantunya baring, menghilangkan sedikit resah dihatinya. Kedua-dua tangannya kupegang.

"Fa'an baring tau doktor nak cuci luka, kalau sakit nanti jerit aje.. takpe" kataku. Kami bertatapan, jelas riak diwajahnya menunjukkan ketakutan. Aku sebagai ibu pastinya tidak mahu dia merasakan kesakitan itu, senyuman yang semanis mungkinku beri agar rasa gundah dihatinya berkurangan.

Aku bukanlah bekas pelajar perubatan yang tahu serba-serbi tentang medikasi. Jadi aku mengharapkan servis yang terbaik dari seorang yang dikataka serba tahu dalam bidang ini. Yang terbaik, itulah yang selalu kita mahukan untuk yang tersayang, bukan. Sebaik sahaja doktor meletakkan cairan putih dan terus mencuci luka dibetis anakku terusan Farhanz menunjukkan riak muka menahan kesakitan.

"Boleh tahan tak?" aku bertanya pendek. Farhanz menganggukkan kepalanya walaupun muka berkeriut menahan sakit. Genggaman tangannya semakin kuat dan aku membenarkannya. Biarlah dia melempiaskan sedikit sebanyak kesakitannya kepadaku. Suamiku yang pada mulanya berada disisi kelihatan mundar mandir. Entahlah mungkin dia sendiri tidak tahan melihat keadaan yang berlaku dan aku andaikan itulah puncanya dia hampir tidak mahu menyertai kami. Farhanz mula menangis bilamana doktor mula membuang lapisan luka dan darah mula membuak-buak keluar melalui liang-liang roma. Semakin kuat dia menangis semakin kuat genggaman tangannya.

"Fa'an nak jerit pun boleh, takpe ibu ada... " pujukku. Aku memerhatikan ketelitian doktor tersebut mencuci luka, pastinya dia juga cuba untuk mengurangkan kesakitan yang ada. Cairan putih dan gauze bertukar ganti. Setiap kepingan nanah yang cuba dibuang diiringi dengan tangisan. Untuk menghilangkan rasa sakit, doktor mula berbual-bual dan disahut oleh anakku.

"Lama lagi ke?"
"2 more minutes" balas doktor India tersebut. Sambil itu aku memalingkan muka memandang suamiku. Dia sendiri kelihatan resah. Mungkin kami jarang menghadapai keadaan begini, pasti sedikit sebanyak sakit itu dirasai.
Esakan dan tangisan Farhanz semakin kuat, terhenjut-henjut badannya menahan kesakitan. Muka disembamkan ke badanku. Terasa basah bajuku dengan kesan lelehan airmatanya. Kalaulah aku boleh merasai kesakitan itu.

Sebelum menjalani rawatan, sambil menunggu nombor giliran kami anak beranak sempat bergurau-senda. Suamiku memang bijak merubah suasana yang agak genting ke suatu ruang yang lebih relaks. Sambil memandang poster perubatan yang tergantung di dinding, dia mencipta ayat-ayat lucu yang membuatkan kami bertiga ketawa lepas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Farhanzlah yang paling lantang tawanya. Bila melihat aku memandangnya tanpa kerlipan mata, dia akan menampar-nampar pipinya bagi menghilangkan perasaan lucu itu.

"Tahu tak orang banyak ketawa ni apa jadi..." aku mula menggunakan pendekatan psikologi.
"Tahu, nanti ilmu lari.." ujarnya. Kami diam sebentar, dan melarikan pandangan mata dari bertembung dengan suamiku yang juga ayahnya. Kemudian aku melihat Farhanz menampar-nampar lagi pipinya itu. Dalam diam aku sendiri tidak tahan menahan tawa sebenarnya tetapi di sebabkan nama Farhanz akan dipanggil bila-bila masa saja lagi, aku membuang pandang ke luar. Malangnya hanya seketika sahaja tawa lepas kami dapat ditahan, aku, Farhanz dan suamiku ketawa lagi bila kami berpandangan sesama sendiri.

"Lama lagi ke?" Farhanz mula menyoal kembali diiringi sendu. Mungkin rasa sakit itu tidak tertanggung olehnya. Aku memandang ke arah luka yang sedang dicuci dan mengharap jawapan dari doktor muda itu.
"One more minute" Luka yang anggarannya sepanjang 2 1/2" kelihatan lebih bersih dari yang sebelumnya. Hampir selesai, hatiku bersuara.
"Ibu, satu minit tu lama lagi tak?" Soalan yang bagus untuk dijawab.
"Satu minit tu, Fa'an kira nombor satu hingga enam puluh" Ku kira jawapanku itu boleh melegakan hatinya.

Sesuatu yang tidak pernah bermain dibenakku Farhanz mula mengira nombor-nombor diiringi sendu dan tanggisan. Badannya masih lagi terhenjut-henjut menahanan tangis. Dia benar-benar membilang waktu! Aku mula rasa lucu lalu memandang doktor dan suamiku. Kami ketawa. Anak kecil ini tidak menghiraukan tawa kami terus mengira.
Seketika, sendu anakku hilang keadaan menjadi sunyi. Aku tunduk sedikit untuk melihat keadaannya.

"Fa'an ok ke?" aku mula cuak dengan keadaan ini.
"lima puluh dua, lima puluh tiga..." anakku mula menyambung kiraanya itu. Kami terus ketawa, sesuatu yang agak melucukan!

Ajaibnya kiraan yang ke enam puluh, krim putih proses yang terakhir disapukan keatas luka anakku.
"Ok, done" doktor muda menyiapkan tugasannya. Hilang tangisan, sendu dan henjutan badan. Senyap. Anakku terus bangun tanpa lelehan airmata lagi. Diwajahnya terpancar wajah lega yang amat sangat.

Kami disarankan untuk membawa Farhanz ke poliklinik setiap hari untuk proses 'dressing' sehinggalah lukanya kering. Ermm.. nampak gaya Farhanz terpaksa ponteng sekolah kerana tiada ubat sapu diberikan, yang ada hanyalah antibiotik dan ubat demam. Untuk mengurangkan gelesan antara betis dan seluarnya, Farhanz terpaksa kami rehatkan sehari dua ini. Faham sajalah anak-anak lelaki bertemu kawan, tentu ada saja aktiviti yang ingin dilakukan bersama.

Pagi ini suamiku pula dibawa ke poliklinik yang sama akibat infeksi dibahagian dalam telinga yang membengkak dan diikuti dengan demam. Aku harap keadaan ini tidak berpanjangan sebab aku rasa sakit kepala Jumaat lepas mungkin berulang kembali.




Wednesday, July 15, 2009

DO YOU HAVE A DREAMS THAT UNFULFILLED??


Have you ever dream to be somebody that you wanted to be...?
Me... sure! I have a dreams...

Since I was young.. I wish I could be a novelist. First, it start with a characters complete with dialogs (ala.. buku tiga lima tu... percaya tak, my son pun buat perkara yang sama..) then it become a short story... (tu zaman sekolah rendah la) ..now ... try to transform and pile it into a bunch of papers...

I love to read.. a fantasies (happy ending stories)... full of colors, shining and shimmering around me... hahahaha day dreaming lagi.. hei wake up!!

Betul.. kalau ikut apa yang aku tulis kat atas tu..memang aku nak jadi novelis... betul.. aku suka day dreaming..(tp tak lah seteruk yang engkau orang sangka eh). Aku suka baca something yang menyenangkan hati... yelah realiti tak sama ngan fantasikan.. once korang gundah ke.. gulana ke.. bacalah something yang boleh buat korang tenang dan kembali ceria.. tak kiralah apa bahan sekalipun.

Last few years.. I start to write... almost about 200 pages.. then my pc kong! Warrrrgggghhhh nak menangis rasanya... then peh tu mula start save dalam tumb drive.. peh tu.. tumb drive lak hilang!! Warrrrggghhh skali lagi... till to date.. yg tinggal... hanya lah rangka cerita.. sbb otak da mengong .. tak reti nak start kat mana...

I need an inspiration!! selalu ketandusan idea... camna nak bagi idea ni datang eh...
Dulu siap tanya my fwen yang keje kat karangkraf .. 'what is a standard procudure to produce a novel'..member pun... blablabla... citer kat aku... last2 habuk pun tarak... almost 4 yrs you... otak i kosong... tapi takpe.. selagi belum menutup mata .. akan ku cuba hasil kan novel walaupun sebuah aje... tak pe..tak pe.. Anis Ayuni sumber inspirasiku... akan ku temui dia tuk dapatkan tips nak hasilkan novel.. ye Kak Anis aka Latifah..

La ni.. gile amik gambar lak.. beranganla tu jadik pro... ok.. the story begin....
bila kak long aku bertunang ngan partime photog(peh tu kawen la kan) ... habis segala gunung yang dorang redah sumer diambiknya gambar.. majlis orientasi pun dia amik gambar... sampai site project2 PNB pung dia amik gambar... aku jadi sronok ngan gambar2 nih...masa tu camera sumer manual...mana ada digital... tak silap...waktu tu aku skolah rendah lagi..

Kebetulan lak.. bila aku masuk kolej (itm belum taraf U lagi kay)... student ID diwajibkan amik subject photog ni... dapat la kamera 50mm loan dari jabatan... peh.. balik kl.. aku tibai lak camera company bapak aku (masa tu dunia ..ana yang punya walaupun manual - tak tau pakai pun buat2 tau). Habis kolej... satu apa camera pun aku tak pakai.. Bila da nak ada baby barulah sibuk ngan rakam memories.. itu pun jenis fix nyer... huhuhu... pastu beralih lak pada yang boleh zoom... ditigal .. terus dslr...

Sekarang nih.. nak beli lense ke flash ke... crystal filter ke.. kena pikiaq lebih 10 kali..mahai woo...
Kopak mak ... nyah... minat nyer pasal.. ringan poket suami teman.. hik hik hik.. (dia la yang jadi mangsa... sapa lagi) Ishk.. kalaula aku dapat job partime.. buleh kumpul duit buat beli lense kan....

GURU-GURU ramai diluar sana... tunggu on aje nak gi outing ngan dorang ni... tak sabar nak tunggu sifu KC (yg sedang mabuk2 tew ) bawak aku g taq kat Kajang sabtu nih...

Uh.. wish I can fulfill my dreamsssssssss

Monday, July 13, 2009

TRY TO TAKE A NAP .. BUT I CAN'T SLEEP!!


Alhamdulillah... di sebalik kegawatan ekonomi ni... masih lagi boleh bernafas dengan income yang sedia ada.. tender submission boleh kata almost every week...
Sekarang QS2 tengah sibuk nak submit tender tuk besok.. GOOD LUCK!! moga banyak lagi projek masuk lagi lepas ni..

Hari ini ambik off day walaupun pagi tadi ke Menara C***** handover project. Ada a little bit of descrpencies learnt from this project. .. Always get an endorsement before you proceed with works!! Actually client suker dengan workmanship provided ... and good thing is... we're invited to become one of their panels... Yelah.. 1st time deal.. mesti ada yang terpeleot sana skit... sini skit... Pelan... pelan... berkayuh...lama2 sampai jugak kan.. Sabar2... kalau kita tak tahan layan kerenah orang.. orang lain pun belum tentu tahan dengan kerenah kita kan...So..SABAR...!!!

My vision is only one... jadikan yang susah itu senang... everything is at your finger tips!! Once its under your control... sumer yang susah... you boleh lalui... no OBSTACLES!! and think POSITIVELY!!

Penat tu tak yah citer la... 3 weeks in a row sat n sun kat site just to ensure everything goes well!.. ala2 jadi worksercbangla pun ada.. hahahhaha... mana taknya.. setakat vacum, menyapu... bukak plastik.. da kira pro gak lah... boleh buat pertandingan sapa paling cepat bukak chair plastic cover!! bukannya apa.. nak percepatkan keje... cepat siap cepat balik...

Rasanya dah lama betul tak update blog.. fb pong camtu gak.. takde masa you...
Nak baca kengkawan nyer blog pun tak sempat... Tak pelah.. ada masa nanti baca2 balik eh.... take your time sayang..

Ni dah lari dari tajuk ni... sebenarnya bersangkut paut gak ni... bila da keje tak tentu masa.. waktu tido pun da lari.. so bila mata mengantuk...tapi tak boleh tido... macam ni la jawabnya... menguap2 tapi tak boleh nak lelap... I'm forcing my self to sleep... even for a few minutes!

Salam Sayang!!

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez