Monday, April 27, 2009

P.E.R.I.S.T.I.W.A B.U.K.I.T K.E.P.O.N.G


Semalam masa dok menggosok baju sempatla layan citer BUKIT KEPONG ..kat channel (tak ingat da..) Antara cerita/kisah benar yang tak jemu2 aku layan...
Kalau dulu masa kekecik, sampai nangis teresak2 nonton citer ni.. nak lagi saat2 dialog anak kecil... "ibu dan ayah dah takde".. dgn air mata meleleh2 berjuraian budak tu .. aku pun ikut sekali...

Muzik latar dia jangan citer la... sayu aje, tapi bila bab perut Allahyarham Rahim .... terburai tu yang paling ngeri.Sekarang, aku dah dewasa... kurang skit leleh2 ni.. cuma kekadang mata tu berair jugak. Controllah depan both Teddies..

Sambil dok menggosok tu aku terfikir, betapa bertuahnya kita yang hidup dizaman ini. Takde peperangan (maksud aku di Malaysia la), takde lagi hidup didlam ketakutan dari serangan pengganas. Cuma sekarang kita berhadapan dan berperang dengan diri sendiri sebenarnya, kita tidak boleh dan tidak mahu mengamalkan konsep "GIVE n TAKE' , kita tak boleh menerima teguran untuk berubah, kita hidup penuh dengan HASAD, kita tidak boleh menerima kejayaan seseorang...kita hanya tahu, kita sahaja yang betul..Apakah ini yang dikatakan MANUSIA...? Mungkin itulah kekuranganya makhluk bernama MANUSIA di muka bumi Allah ini.

Kalaulah kita hidup dengan beteraskan nilai2 murni yang sepatutnya (berdasarkan dan berteraskan ilmu agama (akhirat), peraturan duniawi, disiplin diri, kelembutan hati etc) InsyaALlah, kita akan hidup dlm keadaan yang selamat dan tenang.

Kalau dahulu manusia berperang menggunakan senjata untuk menakluk dunia, sekarang kuasa senjata itu sudah kurang kuatnya (walaupun ianya masih digunakan lagi hingga ke hari ini)kerana perang psikologi, minda dan ilmu boleh boleh mengusai sesuatu bangsa, mengeksploitasi malah meruntuhkan dan meranapkan sesuatu bangsa, budaya dan tamadun itu sendiri... AKu cakap ni bukannya apa, apa yang aku lihat di tv dua tiga hari kebelakangan ini menyimpulkan satu implikasi dalam diri aku sebenarnya yang membuatkan aku terfikir sejenak...

Malam Ahad - AF7 (nonton gak ni..tak taulah kenapa ) yang bertudung terkinja2, melompat2 di bawa sambil menyanyi bersama2 dengan peserta yg menyanyi dengan penuh penghayatan diatas pentas... (secara tidak langsung gadis2 ini sebenarnya berperang dengan diri sendiri yang penuh dengan konflik minda, akal yand tidak disedari)

Malam Isnin - Bukit Kepong, aku melihat generasi terdahulu (atuk moyang kita) rela berkorban jasad dan nyawa semata2 ingin melindungi negara yang tercinta.

Nampak tak perbezaannya, walaupun aku tak pandai nak elobrate pasal benda ni, cuma bagi aku both generasi memang berperang sebenarnya.. berperang dengan cara dan pendekatan yang berbeza.

Satu, berperang untuk membebaskan diri dari dijajah (al maklumla masa tu zaman british..) dan yang satu lagi berperang dengan diri sendiri (emosi dan ketetapan minda) yang tidak membawa apa-apa erti!!

Wednesday, April 22, 2009

L.U.A.H.A.N H.A.T.I


Lately aku tengok semakin ramai yang meluahkan rasa hati dengan 'statement' di YM status. Ada yang seolah-olah menyindir, perli, menbalas balik statement yang ditujukan kepadanya dan ditujukan balik secara rawak. Kenapa dan mengapa.. sukar ditafsirkan.. Mungkin dengan cara itu mereka merasa puas atau mungkin mereka ingin menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat dan hanya mereka sahaja yang mengerti.
Bagi aku ada pros and cons yang perlu dikira dan dipertimbangkan...

1) kita terlalu expose.. kita mendedahkan diri kita yang sebenarnya tanpa disedari, sesuatu yang mungkin orang lain tidak sepatutnya tahu (by status)

2) statement yang dituju terlalu rawak, tidak spesifik dan ianya mungkin akan membuat orang lain (yg tidak berkaitan) merasa tertanya-tanya, terasa atau tersinggung dan akhirnya akan menyebabkan gosip2 serta fitnah dan tohmahan berlaku.

3) Kita mungkin berjaya menyampaikan sesuatu maksud yang mungkin tidak terluah dengan kata-kata, mungkin dengan cara ini kita berjaya meluahkan sesuatu kepada seseorang walaupun tidak disedari oleh orang yang dituju. Sekurang-kurangnya kita telah pun meluahkan apa yang terbuku dihati. Tapi..

4) We'll be easily judge by others later, consequances from the 3rd conclusion.Sifat peribadi kita sebenarnya secara tidak langsung telah ditunjukkan melalui luahan hati kita.. Mahu atau tidak, kita sebenarnya telah membenarkan perkara ini berlanjutan dan berterusan.

Namun terpulang pada pandangan peribadi masing-masing samada bersetuju atau tidak dengan pandangan aku yang tidak seberapa ini. Bagi aku, lebih kita melatih diri kita untuk menghindari semua yang negatif dan menyimpan perasaan yang tidak sepatutnya, yang mungkin akan menyebabkan persahabatan yang sediada ini semakin renggang..

Monday, April 20, 2009

V.I.R.U.S D.E.M.A.M


Sebut pasal demam ni, kami tak terkecuali..
1st, jr teddy diserang viral feveer.. siang ok..malam demam. Siap suruh ibu dia tulis surat kat cikgu lagi tu sbb takut dikenakan tindakan salah laku (katanya la)
A week after, big teddy lak kena.. bak kata oghang utara, kalau dah jenis ketgaq tu ketegaq jugak.. idaklah anitibiotik dihabiskannya so demam pun on off. Baik aje dema dua, ibu lak kena.. kali ni siap ngan selsema, tonsil ngan batuk..All in One! Asallah sakit ni menyerang waktu-waktu hujung minggu merangkap ke hari senin... Tak baik ooo.. M.C hari senin ni..not good for reputation!

Still masa menulis ni pun, demam masih tak kebah,kepala masih mengong, hidung masih tersumbat.. mata stil lalok kesan dari drugs yang diambil..

Hai.. demam...demam..

Friday, April 17, 2009

B.L.O.G.G.E.R.S



Lately, aku rajin bukak blog2 orang lain yang tak pernah terfikir nak baca pun... Menarik dan memang menarik.Kreatif!!!
Ada yang sincere..telus.. tidak perlu berlapik, ada yang ala-ala POYO gitu.. alahai Ada yang meriah dengan cerita-ceriti anak2 yang semakin membesar. Bagi yang bujang, kengkawan sekeliling jadi teman pewarna hidup...
Aku?.. Unpredictable.. kekadang rasa nak pot pet pot pet bercerita, tapi.. ada orang yang nak dengar ke.. kalau tulis kat sini ada orang yang nak baca ke..???
Herrmm.. I wonder...
Kat blog ni Anak Jebon la.. Love.Hate.Life.Angel.. isshhkk macam-macam nicks ada. Termasuk la nick aku yang entah apa-apa makna.. Well actually ianya gabungan 4 nama, me, sr and jr teddy + kalau ada anak perempuan...tapi.. sampai sekarang tak de rezeki... InsyAllah..

Ishk.. apa yang aku mengarut ni..

Wednesday, April 15, 2009

N.O.V.E.L by Emy Hazza



Seronok bila dapat tau somebody yang you kenal berjaya dengan cita-citanya. Myself, baru nak merangkak menulis dan merangka cerita ni pun bertahun-tahun ambil masa. She did her homework well, kalau tak masakan dia boleh bukukan sebuah novel. Oh, kekadang tertanya gak bilalah aku nak start menulis ni... bukannya apa, last time simpan dalam harddisk.. pastu kena virus - e'things gone. Then simpan dalam tumbdrive, tumbdrive pulak hilang.. ishk3x memang bukan rezeki la.. Yang bagus tu, da print halfway..boleh buang lak hardcopy tu (dengan andaian, tumbdrive is good enough without any backup)
Beria-ia beli laptop dengan harapan nak menulis balik.. but till to date, surfing je la jawabnya... idea pun makin lama makin hilang.. like gone with the wind.. huhuhu

Tuesday, April 14, 2009

M.Y D.E.A.R F.A.R.H.A.N.Z




Watching him growing day by day, makes me wonder.. how's future would be, but that's not what I should thinking of rite now.. Just let him explore the world by himself.. try and error to become a so called 'human'as mistakes happen and corrections will follow after... We just a guardian whom been mandated by ALLAH SWT to take a good care of him as what as our parents did before.

Love, guide and shelter him the way it should be...

Monday, April 13, 2009

Wimax


Wimax... something new to us rite... tengah configure n testing the speed of this device. Bagus ke dari streamyx, coz my teddy already had a plan to terminate streamyx and phone line @ home. The connection of wimax is better, he said... don't be too rush my dear..lets enjoy the free 7 days trial first. Then, we decide. Bukan apa ...something new still ada try n error kan... tapi kalau tengok pada download speed.. 54mbps... lajue ke, tak ingatlah pulak berapa mbps masa guna streamyx...
Compare apple to apple
Wimax - RM49, no phone line... portable, router sharing mode.. just plug and surf, dload - 54mbps.
Streamyx - RM77, then RM66 and current RM60.. with phoneline (pay for usage only), fixed(internal only), router sharing mode, dload - 384kbps (if i'm not mistaken)
So which one is better... sbb tak reti nak decide... (mengong!)

Updates - confirmed and definitely we switch to P1 WIMAX.. excellent (bak kata my teddy) ~ hopefully

Sunday, April 12, 2009

Gila MASAK


Gila masak - Ikut mood... Kekadang craving for something soft and sweet.. kekadang yang pedas2 aje. Luckily 2 orng hero kat umah ni tak komplen. So pagi semalam (Sabtu) teddy bear cakap si bulat2 nak makan sotong, so minta Teddy bear ke pasar sbb stok sejuk beku memang takde dalam peti ais. Tapi ada masalah skit dengan pendengaran agaknya.. Teddy bear cakap nak makan sotong masak lemak.. tapi telinga ni dengar macam... sambal sotong nasi lemak. Hasilnya... Oklah tu kan... meal for the whole day, nasib baik laku. By evening, nasi pun habis..malam tu makan yang ringan2 ajela..sambil layan t.v.




Sunday morning, breakfast di Pasar Muhibah Tmn Nirwana... plan awal kalau da heavy breakfast, petang sikit baru nak masak (itupun nasi goreng..yg simple2). Endup bila nampak je ketam.. terus ubah fikiran.. craving for ketam dah berminggu2..alhamdulillah.. isi penuh, puas hati .. (sbb selalu tngk Aliza Mansor masak ketam.. jadi teringin la pulak..)

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez