Sunday, March 27, 2011

P.A.N.A.S.p.A.N.A.S


Sudah 2 hari panas menjadi-jadi. Semalam (26-3-2011) kami ke kenduri x-colleague di Tasik Tambahan Ampang. Memang membahang tapi kecantikan dan keayuan serta seri pengantin menyejukkan mata yang memandang. Tahniah Iely & Elol!

Malam tadi tak boleh tidor.. rasanya kalau on aircond pun tak berbaloi, sudahnya terlelap lepas jam 3 pagi, dan hampir subuh tepat jam 6 alarm handphone pula berdering memandakan waktu untuk bersiap-siap untuk ke Putrajaya. Rasanya ada dalam sepuluh tahun tak ke JPN kut... even masa Farhanz lahir mykid tak wujud lagi. So bila mykad tak boleh detect data (akibat nak buka acc. personal mbb) buat sekali mykid untuk Farhanz. Mengong... mykid tak perlu gambar lah! Punyalah suruh dia bersiap dengan baju berkolar... hahaha... kena paksa pegi lak tu. (terpikirlak, kalau baby yg baru lahir kena angkut gakke ke JPN?)

Ha... sekarang, kepala dah mengong sekali lagi akibat tak cukup tido. Mana taknya, siap paksa diri habiskan novel Getaran Rindu hasil nukilan Kak Norzailina Nordin. Perrghh.. macam Menanti Kasih... hebat! Bila semua buku telah digodek, tiba masanya hendak mengulang baca coretan Anis Ayuni - Gemersik Kalbu yg pernah hilang dari genggamanku (pinjaman yg kekal hilang).. Ha buku ni memang valuable sama seperti yang lain2 cuma dia ada cerita tersendiri. Takkan ku lupa kenakalan dan kecekalan Pian demi mendapatkan Ana.

Erm, mana tau besok-besok tersinggah kedai buku di Sunway Pyramid (atas sbb nak 'melawa' site) besok akan melayang lagi beberapa keping note merah demi melayan tuntutan hati... hahahaha... tunggu... Hujan Pun Menari wahai Norhayati Berahim ku..

Thursday, March 3, 2011

A. S.T.O.R.Y. T.O. T.E.L.L


A QUICK STORY TO TELL.. (in short notes)
  • Number 3 is conquering me recently
  • 3 years ago, 3rd March 2008.. I've joined CDSB.
  • 1st March 2011.. I've joined Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd.
What an impromptu opportunity! I'd grabbed it.. and don't want to loose it!
  • 3rd day become partners, it's lucky me to meet with Mr Badger Godwin, Vice President of Store Development and Global Real Estate & Facilities which based in Seattle!
More to come and more to tell...






Wednesday, February 16, 2011

S.P.R.I.N.G C.L.E.A.N


Sudah hampir setahun blog ini ditinggalkan 'unattended'. Kemalasan dan kesibukan yang melampau... hehehe. Apapun, azam kali ini akan cuba update seberapa banyak yang boleh.
Baru-baru ini 12 Feb '11 yang lalu, pertemuan kali pertama dengan novelis pujaan hati termakbul jua.. MPH Midvalley tempatnya. kalau last year, March jumpa Pn Norhayati Berahim.. (Oh! Cinta Pertama tetap dihati...) kali ini dengan Pn Norzailina Nordin pula.
Novel yang dibaca... gosh! jalan cerita tersangat menarik giler.. sampai boleh buat permintaan supaya disambung ceritanya. Betapa asyik dan indahnya jalan cerita... Karmila, Nik Fazwan, Wazif dan Mustaza..
InsyaAllah, kalau berkesempatan nak jumpa dengan novelis
Gemersik Kalbu sangat mengujakan, geram dengan sifat nakal Pian tapi disebalik itu tercuit hati dengan watak bersahajanya.
Kasih Yang Suci.. sungguh tidak sabar untuk bertemunya dilayar perak...
Kalau nak diikutkan mahu aje dibariskan senarai novel-novel pilihan hati... terlalu banyak sebenarnya!
Karya-karya mereka inilah yang membuatkan masa lapang yang terhad terisi walaupun kadangkala terpaksa mencuri waktu untuk mendalaminya.
Pernah beberapa kali mencuba nasib untuk menjadi sebahagian dari mereka, tapi seringkali gagal kerana kekurangan ilmu didada... tapi, dengan adanya tips2 yang sangat berguna dari Pn Norzailina tempoh hari... pasti aku akan mencuba lagi!
InsyaAllah, berikan aku waktu supaya dapatku hasilkan novel hasil nukilan sendiri walaupun hanya SATU!
(gambar akan diupload nanti)
Welcome back Shafahanz-Iman!!

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez