Sunday, November 4, 2012

O.R.E.O T.I.R.A.M.I.S.U!!!



Dua minggu yang lepas, officemate saya bawa bekalan Oreo Tiramisu yang sangat sedap!
Katanya...
" simple aje resepinya..."
"ini version tipu tau"
" 500 gram cream cheese"
"1 tin condense milk - saya guna sweetener"
"biskut marie - plain dan kopi perisanya"
" whipped cream 200ml"
"Crush Oreo"
dan saya tambah sedikit esen vanila.


Gabungkan cream cheese (room temperature) dan condense milk di dalam mixer bowl dan putar sehingga lembut dan pastikan ianya sebati.
Masukkan whipped cream dan pita putar lagi!
Saya putar ikut suka... dari slow, medium dan laju..
Rasanya dia takkan pekat kut...
Oh ya, condense milk tu bole dikurangkan kalau tidak mahu terlalu manis.


Dibawah ini ada Oreo crush, biskut Marie 2 perisa; plain dan coffee...
Oreo Crush ini saya beli di Bake with Yen di Jalan Haji Taib, Chow Kit...
landmark dia belakang pasaraya Mydin Jalan Tank Abdul Rahman.


Saya guna bekas kaca 8"x 8"(square)
Susunkan biskut Marie plain untuk lapisan asas (base). 
Kalau boleh biar penuh dan jangan bagi ada ruang.
Lapiskan adunan cheese tadi, jangan terlalu nipis.


Ulangi dengan lapisan Marie yang kedua, kali ini guna Marie coffee pula
Nampak tak macam kat bawah ni?


Keseluruhan lapisan Marie ada 4 lapisan...
Lapisan akhir mestilah adunan cheese yang ditaburkan Oreo Crush 
seperti gambar dibawah...
Gunakan stretch film untuk tutup bahagian atas sebelum disejukkan.
Okay, tunggulah dalam 2-3 jam barulah ianya sedia dihidangkan..


Anak saya suka...enjoy katanya. Suami pula kata tak sedap...
Tapi.. dalam tak sedap tu habis dimakannya! 
hahahaha
Oklah tu kan, original resepi renyah dan ada bahan yang tidak halal untuk Muslim
so inilah yang tercepat, termudah dan tersedap buat masa ini.
Mana tau terjumpa pulak resepi yang lagi tersedap...
hehehe
Selamat Mencuba!!!
Walllaaaaaa....

0 comments:

They are Great!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez